kisah ini sangat menarik utk diceritakan,
perumpamaan yg baik dan dapat diterima akal akan lebih diingati dan dimanfaatkan oleh para pembaca...
...Seorang guru sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya...
Ia duduk menghadap murid-muridnya Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam.Si guru berkata,
"Saya punya permainan... Caranya begini, di tangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka berserulah "Pemadam!"Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti..
Si guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat.Beberapa saat kemudian sang guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka berserulah "Pemadam!", jika saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!".
Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok...
Selang beberapa saat, permainan berhenti. Si guru tersenyum kepada murid-muridnya.
"Anak-anak, begitulah kita ummat Islam. Mulanya yang haq itu haq,yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya...
Namun kemudian,musuh musuh kita memaksakan kepada kita dgn berbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya...
" Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut,tapi karena terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka,akhirnya lambat laun kalian terbiasa dengan hal itu..
Dan anda mulai dapat mengikutinya.Musuh-musuh kalian tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan etika.""Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, sex sebelum nikah menjadi suatu hiburan dan trend,materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain.""Semuanya sudah terbalik....
Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya. Paham?" tanya Guru kepada murid-muridnya. "Paham cikgu..."
"Baik permainan kedua..." begitu Guru melanjutkan. "Cikgu ada Qur'an, cikgu akan letakkannya di tengah karpet.
Sekarang anda berdiri di luar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada di tengah tanpa memijak karpet?"Murid- muridnya berpikir..
Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat, dan lain-lain.
Akhirnya si Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet.
"Murid- murid, begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya.
..Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terang..
Kerana tentu anda akan menolaknya mentah mentah.
Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka...Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sedar."
"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat."
" Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan...
""Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda."
"Mulai dari perangai anda,cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim,
tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara yang mereka...
Dan itulah yang mereka inginkan.""Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (perang pemikiran)...
Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita.."Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?"tanya mereka..
"Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi..
apa lagi yg tercengang2 tu?? ayuh kita kejutkan umat Islam lain yg masih tertidur!!!
"seandainya dirimu tidak mampu menjadi lilin untuk menerangkan cahaya,maka janganlah pula dirimu menjadi hembusan angin yang memadamkan cahya"
Saturday, July 10, 2010
Wednesday, June 30, 2010
J.U.L.A.I.B.I.B
Kisah ini mungkin tidaklah mashyur dikalangan kalian.....
Julaibib sahabat yang sangat miskin. Lahir pula dari golongan melarat. Dalam banyak-banyak sahabat Rasulullah s.a.w., boleh dikatakan Julaibib tidak dikenali sangat. Namun sebenarnya dia dekat dihati Rasulullah s.a.w. Harta julaibib hanyalah pakaian lusuh yang dipakai. Tiada berkasut. Tiada tempat berteduh.Hanya masjid tempat menumpang. Malamnya berbantalkan lengan, bertilamkan kerikil dan pasir. Perutnya sentiasa kelaparan. Minumannya hanyalah air kolam yang sentiasa dicedok dengan tangan.
Beberapa hari kemudian Rasulullah s.a.w. bertemu lagi dengan Julaibib. Rasulullah s.a.w bertanyakan pertanyaan yang sama dan dia pun menjawab dengan jawapan yang sama. Pada pertemuan yang ketiga, Rasulullah s.a.w masih mengajukan persoalan yang sama dan jawapannya.....masih lagi sama dengan yang sebelumnya. Maka bersabdalah Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Wahai Julaibib, pergilah rumah si fulan bin si fulan (Rasulullah s.a.w menyebut nama seorang ansar) lalu katakan kepadanya: Rasulullah s.a.w. menyampaikan salam untukmu dan memintamu mengahwinkanku dengan anak perempuanmu”
Sahabat ansar yang dimaksudkan berasal daripada keluarga terhormat. Hendak dipendekkan cerita, maka pergilah Julaibib mengetuk pintu rumah orang ansar tersebut dengan membawa pesanan yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w. Sahabat ansar itu berkata” Semoga kesejahteraan tercurah buat Rasulullah s.a.w. Tetapi bagaimana aku boleh mengahwinkan puteriku denganmu. Sedangkan kamu tidak memiliki harta dan pangkat?”
Dari dalam rumah, puterinya yang mukminah mendengar apa yang dikatakan oleh Julaibib tentang pesanan Rasulullah s.a.w. Puteri yang mukminah itu segera berkata kepada ayahnya” Apakah ayah sanggup menolak permintaan Rasulullah s.a.w? Tidak . Demi Zat yang jiwaku berada ditanganNya!”. Dia sendiri dengan rela hati mahu menyerahkan dirinya kepada lelaki pilihan Rasulullah s.a.w.
Akhirnya berlangsunglah sebuah perkahwinan yang penuh barakah. Mereka hidup bahagia di dalam ketakwaan dan ketaatan kepada Allah dan RasulNya.Tidak lama kemudian, datangnya seruan jihad. Julaibib turut serta dalam peperangan tersebut dan berjaya menewaskan tujuh orang musuh. Namun begitu, julaibib akhirnya syahid .
Setelah peperangan berakhir, Rasulullah memeriksa semua mangsa yang telah terkorban. Para sahabat memberitahu satu persatu nama2 mereka yang terkorban tetapi yang peliknya nama Julaibib tiada dalam senarai. Hanya kerana dia tidak dikenali dikalangan sahabat. Namun nama Julaibib terpahat di hati Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w bersabda:
“Tapi kini aku telah kehilangan Julaibib”
Rasulullah mendapati jasad Julaibib penuh diselaputi debu. Rasulullah mengusap debu daripada wajahnya sambil berkata:
“Engkau telah mebunuh tujuh orang, lalu engkau sendiri kini terbunuh. Engkau sebahagian dariku dan aku sebahagian darimu. Engkau sebahagian dariku dan aku sebahagian darimu”.
Mulialah Julaibib dengan ingatan abadi oleh Rasulullah s.a.w sendiri. Cintanya pada Allah dan Rasul berbalas cinta agung yang hakiki.
Saturday, June 26, 2010
MEMBUAT PERHITUNGAN DENGAN ALLAH
Jika harta yang hilang dari diri seseorang, maka tiada apa pun yang hilang, Jika kesihatan yang hilang dari diri seseorang, maka ada sesuatu yang hilang, Tetapi jika akhlak yang hilang dari diri seseorang, maka segalagalanya telah hilang dari
diri seseorang.
diri seseorang.
Dikisahkan, bahawasanya di waktu Rasulullah s.a.w. sedang asyik bertawaf di Ka'bah, beliau mendengar seseorang di hadapannya bertawaf, sambil berzikir: "Ya Karim! Ya Karim!" Rasulullah s.a.w. menirunya membaca "Ya Karim! Ya Karim!" Orang itu lalu berhenti di salah satu sudut Ka'bah, dan berzikir lagi: "Ya Karim! Ya Karim!" Rasulullah s.a.w. yang berada di belakangnya mengikut zikirnya "Ya Karim! Ya Karim!" Merasa seperti diolok-olokkan, orang itu menoleh ke belakang dan terlihat olehnya seorang lelaki yang gagah, lagi tampan yang belum pernah dikenalinya. Orang itu lalu berkata: "Wahai orang tampan! Apakah engkau memang sengaja memperolok-olokkanku, kerana aku ini adalah orang Arab badwi? Kalaulah bukan kerana ketampananmu dan kegagahanmu, pasti engkau akan aku laporkan kepada kekasihku, Muhammad Rasulullah."
"Tuan ini Nabi Muhammad?!" "Ya" jawab Nabi s.a.w. Dia segera tunduk untuk mencium kedua kaki Rasulullah s.a.w. Melihat hal itu, Rasulullah s.a.w. menarik tubuh orang Arab itu, seraya berkata kepadanya:"Wahai orang Arab! Janganlah berbuat serupa itu. Perbuatan serupa itu biasanya dilakukan oleh hamba sahaya kepada tuannya, Ketahuilah, Allah mengutusku bukan untuk menjadi seorang yang takabbur yang meminta dihormati, atau diagungkan, tetapi demi membawa berita gembira bagi orang yang beriman, dan membawa berita menakutkan bagi yang mengingkarinya."Ketika itulah, Malaikat Jibril a.s. turun membawa berita dari langit dia berkata: "Ya Muhammad! Tuhan AsSalam mengucapkan salam kepadamu dan berfirman: "Katakanlah kepada orang Arab itu, agar dia tidak terpesona dengan belas kasih Allah. Ketahuilah bahawa Allah akan menghisabnya di hari Mahsyar nanti, akan menimbang semua amalannya, baik yang kecil mahupun yang besar!" Setelah menyampaikan berita itu, Jibril kemudian pergi.
Maka orang Arab itu pula berkata: "Demi keagungan serta kemuliaan Tuhan, jika Tuhan akan membuat perhitungan atas amalan hamba, maka hamba pun akan membuat perhitungan dengannya!" kata orang Arab badwi itu. "Apakah yang akan engkau perhitungkan dengan Tuhan?" Rasulullah bertanya kepadanya.
“ Jika Tuhan akan memperhitungkan dosa-dosa hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa kebesaran maghfirahNya, ” jawab orang itu.
“Jika Dia memperhitungkan kemaksiatan hamba, maka hamba akan memperhiungkan betapa keluasan pengampunanNya”
“Jika Dia memperhitungkan kekikiran hamba, maka hamba akan memperhitungkan pula betapa kedermawananNya!'
Mendengar ucapan orang Arab badwi itu, maka Rasulullah s.a.w. pun menangis mengingatkan betapa benarnya kata-kata orang Arab badwi itu, air mata beliau meleleh membasahi Janggutnya. Lantaran itu Malaikat Jibril turun lagi seraya berkata: "Ya Muhammad! Tuhan AsSalam menyampaikan salam kepadamu, dan berfirman: Berhentilah engkau dari menangis! Sesungguhnya kerana tangismu, penjaga Arasy lupa dari bacaan tasbih dan tahmidnya, sehingga la bergoncang. Katakan kepada temanmu itu,bahawa Allah tidak akan menghisab dirinya, juga tidak akan memperhitungkan kemaksiatannya. Allah sudah mengampuni semua kesalahannya dan la akan menjadi temanmu di syurga nanti!" Betapa sukanya orang Arab badwi itu, apabila mendengar berita tersebut. la lalu menangis kerana tidak berdaya menahan keharuan dirinya.
Saturday, May 22, 2010
BUKAN ANAK DERHAKA
Situasi Satu
Ayah: Seman, ayah nak kau tinggal kat rumah jaga mak dan adik-adik kau yang lain. Ayah nak pergi berperang ni.(walaupun ayahnya sudah lanjut usia)
Seman: Ok ayah, Seman akan tinggal kat rumah. Jaga mak dan adik-adik. Ayah pergilah berperang. Jangan risau tahulah Seman uruskan hal rumah bila ayah tiada nanti.
Situasi Dua
Ayah:Dolah, ayah nak kau duduk kat rumah ,tolong tengokkan ibu dan adik-adik kau. Ayah nak pergi berperang menetang musuh-musuh Allah.
Dolah: Ayah,janganlah ayah pergi berperang.ayah duduk saja di rumah. Lagipun Ayah kan dah tua. Biar saya saja yang pergi menentang musuh2 Allah tu.
Ayah: Jangan kau langgar arahan ayah, Dolah.
Dalam kedua-dua situasi di atas. Anak yang manakah yang paling taat kepada perintah ayahnya. Seman atau Dolah? Jawapannya mudah. Tentu saja Seman merupakan anak yang paling taat kepada ayahnya. Tapi adakah Dolah dikategorikan sebagai anak derhaka kerana dia mengingkari arahan ayahnya? Anda punyai jawapan yang tersendiri.
Ketika Rasulullah S.A.W memanggil kaum Muslimin yang mampu berperang untuk terjun ke gelanggang perang Badar, terjadi dialog menarik antara Saad bin Khaitsamah dengan ayahnya yakni Khaitsamah. Dalam masa-masa itu
panggilan seperti itu tidak terlalu menghairankan. Kaum Muslimin sudah tidak merasa asing bila dipanggil untuk membela agama Allah dan jihad fisabilillah.
Sebab itu Khaitsamah berkata kepada anaknya, "Wahai anakku, aku akan keluar untuk berperang dan kau tinggal di rumah menjaga wanita dan anak-anak."
"Wahai ayahku, demi Allah janganlah berbuat seperti itu, kerana keinginanku untuk memerangi mereka lebih besar daripada keinginanmu. Engkau telah berkepentingan untuk tinggal di rumah, maka izinkanlah aku keluar dan tinggallah engkau di sini, wahai ayahku."
Khaitsamah marah dan berkata kepada anaknya, "Kau membangkang dan tidak mentaati perintahku."
Saad menjawab, "Allah mewajibkan aku berjihad dan Rasulullah memanggilku untuk berangkat berperang. Sedangkan engkau meminta sesuatu yang lain padaku, sehingga bagaimana engkau rela melihat aku taat
padamu tetapi aku menentang Allah dan Rasulullah."
Maka Khaitsamah berkata, "Wahai anakku, apabila ada antara kita harus ada yang berangkat satu orang baik kau mahupun aku, maka dahulukan aku untuk berangkat."
Saad menjawab, " Demi Allah wahai ayahku, kalau bukan masalah syurga, maka aku akan mendahulukanmu."
Khaitsamah tidak rela kecuali melalui undian antara dia dan anaknya sehingga terasa lebih adil. Hasil undian menunjukkan bahawa Saadlah yang harus turun ke medan perang. Dia pun turun ke medan Badar dan mati
syahid.
Setelah itu Khaitsamah berangkat menuju medan pertempuran. Tetapi Rasulullah tidak mengizinkannya. Hanya sahaja Rasulullah akhirnya mengizinkannya setelah Khaitsamah berkata sambil menangis, " Wahai Rasulullah, aku sekali terjun dalam perang Badar. Lantaran inginnya aku
harus mengadakan undian dengan anakku. Tetapi itu dimenangkannya sehingga dia yang mendapat mati syahid. Kelmarin aku bermimpi di mana di dalamnya anakku itu berkata kepadaku, "Engkau harus menemani kami di
syurga, dan aku telah menerima janji Allah. Wahai Rasulullah, demi Allah aku rindu untuk menemaninya di syurga. Usiaku telah lanjut dan aku ingin
berjumpa dengan Tuhanku."
Setelah diizinkan Rasulullah, Khaitsamah bertempur hingga mati syahid dan berjumpa dengan anaknya di syurga.
Kisah Dolah di atas adalah merujuk kepada kisah sebenar yang berlaku diantara saad dan ayahnya Khaitsamah. Saad dengan tegasnya mengingkari perintah ayahnya disebabkan hal berperang di jalan Allah merupakan hal ibadah. Dalam hal ibadah kita tidak boleh mengutamakan orang lain.Dalam hal ini tidaklah Saad dianggap menderhakai ayahnya.
Saad menjawab, "Allah mewajibkan aku berjihad dan Rasulullah memanggilku untuk berangkat berperang. Sedangkan engkau meminta sesuatu yang lain padaku, sehingga bagaimana engkau rela melihat aku taat
padamu tetapi aku menentang Allah dan Rasulullah."
Bagaimana pula dengan kita. Adakah kita mahu menjadi seperti Seman ataupun Dolah. Atau lebih tepat lagi mencontohi Saad.jika ditanya kepada anak muda zaman sekarang, tentu mereka memilih untuk menjadi seperti Seman yang kononnya ingin menjadi anak yang taat tetapi membiarkan ayahnya yang telah tua pergi berperang.Hanya yang benar-benar memiliki iman yang teguh akan memilih untuk menjadi seperti Dolah mahupun Saad. Terpulanglah pada diri samaada ingin terus mencipta keseronokan dunia atau mencari keredhaan Ilahi. Wallahu’alam.
Saturday, May 8, 2010
SELAMAT HARI IBU,EMAK!!!
H appy Mother's Day to my dear Mum,
A uthor of my personality:
P leased, I hope, with what you read in me;
P leased, I hope, with episodes to come.
Y et now I, too, would get some pleasure from
M aking you the book in which I see,
O f all the players in my family,
T he central character, whom I would plumb.
H ow beautiful to move in that direction!
E ach to each a separate source of pleasure,
R eading in the other's happiness,
' Mid much description, underlying love.
S o would we deepen the connection,
D iscovering new passages to treasure
A s we follow time towards tenderness,
Y earning for what years unread will prove.
pengorbanan seorang ibu
Jasa Bonda (warisan)
Di saat kau lena dia berjaga
Kau bersenang dia bekerja
Untuk mu tiada terbatas
Memberi tidak minta dibalas
Ingin dibinanya untuk mu
Kehidupan yang sempurna
Punya kekuatan jiwa
Punyai maruah
( 1 )
Leterannya dari rasa luhur
Menegur sebelum terlanjur
Itulah yang diwarisi
Pesan ibu terpahat di hati
Beringat-ingatlah berpesan pesan
Untuk kebaikan
Marah bukan kebencian
Tapi tanda sayang
( 2 )
Engkau semakin dewasa
Berjiwa merdeka
Sedang dia semakin tua
Membilang usia
Di saat kau berjaya
Dia tiada berdaya
Semoga kau tak lupa
Jasa bonda
Di saat kau lena dia berjaga
Kau bersenang dia bekerja
Untuk mu tiada terbatas
Memberi tidak minta dibalas
Ingin dibinanya untuk mu
Kehidupan yang sempurna
Punya kekuatan jiwa
Punyai maruah
( 1 )
Leterannya dari rasa luhur
Menegur sebelum terlanjur
Itulah yang diwarisi
Pesan ibu terpahat di hati
Beringat-ingatlah berpesan pesan
Untuk kebaikan
Marah bukan kebencian
Tapi tanda sayang
( 2 )
Engkau semakin dewasa
Berjiwa merdeka
Sedang dia semakin tua
Membilang usia
Di saat kau berjaya
Dia tiada berdaya
Semoga kau tak lupa
Jasa bonda
Saturday, April 24, 2010
BERUNTUNGNYA KAK SYAMIMI!!!!
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. .. Ya Allah..lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yg amat berharga dari seorang insan yg dipilih Allah utk berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos 2006. Nama yg dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud 'kesayanganku' , jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah2an suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik. Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya.
Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri utk memenuhi harapan ibu ayah yang mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini utk menjadi contoh kpd adik2 yg lain. Setiap hari beliau hafal 2 muka surat Al-Quran dan tasmi' dgn ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ini. Akak ni memang diuji dengan sakit yg tak tahu apa punca sejak lebih setahun yg lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sakit di bahagian lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya.
Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu' 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu' itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari. Hari2 yang dilaluinya dipenuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yg terus2an menyakiti diri. Diceritakan makhluk2 halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di merata tempat, berjumpa doktor2 pakar, malah ulama' yg faqih dalam ilmu perubatan islam serta akhir sekali bertemu sorang lecturer di sini. Tapi beliau hanya mampu bertahan. Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah.
Pagi Khamis itu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab sudah terlalu lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira2 jam 4.30 pagi utk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yg digagahkan, beliau ke bilik air utk berwudhu' dgn memapah dinding dan segala apa yg mampu membantu beliau untuk berdiri. Habis berwudhu', beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yg menolak keras dari belakang. Tika itu beliau sudah tidak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik, beliau ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut.
Disebabkan sakit yg mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan, "Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd Rasulullah s.a.w. sendiri.." Kemudian beliau pengsan. Sahabat2 sebilik mengangkat beliau ke dalam biliknya dan di baringkan di sana . Waktu itu, sahabat2nya telah pun 'forward message' pd rakan2 yg lain agar dibacakan surah Yasin kerana beliau nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia dgn nombor2 ahli keluarganya utk dihubungi kiranya ada apa2 berlaku dengan izin Allah. Kira2 jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dgn tenang dalam waktu qoilullah, beliau bermimpi.
Beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dgn tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya. Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dgn wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira2 2 meter dari beliau. Wajahnya SubhanaLlah. .indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau tertanya2, siapakah orang ini? cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh kesengsaraan yg ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja. Kemudian, Hamba Allah itu mengatakan, "Assalamu'alaikum, ana Rasulullah.. " Subhanallah. .baginda Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain serban berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan "Enti fil masjidi" (kamu sekarang berada di masjidku, Masjid Nabawi)..
Allahuakbar! Kemudian Baginda Nabi s.a.w. berkata: QalAllahuta' ala; "InnaAllahama' assobirin" (sesungguhnya Allah bersama orang2 yg sabar). Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan diciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl arab, tp diterjemahkan di sini) ; "Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti pelihara di dlm hati, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak ana.." Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya "Ya Allah..Baginda kenal ummatnya!". Ya Rasulullah.. . Ketika itu, beliau dapat merasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya. Kemudian Nabi katakan lagi; "Sampaikan salamku buat sahabat2 seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti.." Nabi s.a.w. kemudian melafazkan;"Ummati.. ummati..ummati. .." dan beliau nampak jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa titisan airmata Baginda yg suci mengalir utk ummat Baginda! Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi.
Beliau merintih, "Jangan pergi Ya Rasulullah.. " tetapi Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi yg mulia, Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak pasti, apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau mungkin saja baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini? wallahua'lam. .. Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya itu, beliau masih dikelilingi oleh rakan2 yg turut terdengar rintihan beliau dalam tidurnya "Jangan pergi Ya Rasululah... " Beliau kemudian menceritakan kpd para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah buat ummat Baginda. Semua yg mendengar menangis lantaran rindu pada Nabi. Rasa malu pada Nabi krn kita jarang2 ingat pada Baginda sedangkan kita amat terhutang budi padanya. Lebih2 lagi kita sedar bahawa hanya syafaat Bagindalah yg dikejar di akhirat kelak.
Ya Allah..ketika itu, tiada kata yg lebih tinggi drpd kalimah Alhamdulillah utk di rafa'kan pada Allah atas ni'mat yg begitu besar yg Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dgn ujian yg hanya sedikit berbanding insan2 yg lebih berat diuji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yg lebih tinggi dr Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yg melimpah ruah. Rasa sakit masih menular di tubuhnya. Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi utk kesakitan ini. Usai solat Zuhur, rasa sakit yg ditanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru.
Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau pujuk diri utk tidak menangis."Apa sangatlah sakit yg aku tanggung ini berbanding nikmat yg Allah telah bagi utk melihat Baginda Nabi s.a.w.."Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi, tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan "Ya Allah, apa lagi yg hendak Engkau berikan buat hambamu yg hina ni, rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah..." Kemudian dgn izin Allah, datang empat orang yg berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya mengatakan; "Assalamu'alaikum Ya Syamimi..Rasulullah s.a.w. sampaikan salam buatmu. Kami utusan Rasululah..Nahnu khulafa' ar-rasyidin. Ana Abu Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin 'affan dan Ali.." Subhanallah. .Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga2 sahabat yg mulia. Beliau nampak sendiri, Saidina Abu Bakr yg amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dgn wajah tegasnya, Saidina Uthman yg cantik sekali dan Saidina 'Ali yg agak kecil orangnya. Para Sahabat mengatakan; "Kami diutuskan oleh baginda Nabi utk membantu enti.." Kemudian keempat2 mereka membacakan ayat 102 surah Al-Baqarah yg bermaksud: "Dan mereka mengikuti apa yg dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut.
Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan 'sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir.' Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu) apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) denagn isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu.." Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk2 yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar.
Subhanallah. .waktu itu terus terasa seolah2 tubuhnya yg sakit dahulu ditukarkan Allah s.w.t. dgn tubuh yg baru. Hilang segala kesakitan yg setahun lebih ditanggung beliau dgn sabar. Saidina Abu Bakr mengatakan; "Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar.." Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi meninggalkannya. Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dr tidur dan terus duduk. Rakan2 sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dgn mudah . Kemudian sahabat2nya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan alhamduliLlah. .dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar bilik. "Ya Allah, penyakit ana dah sembuh.."
Semua sahabat yang ada di situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu'. Dengan tubuh yang 'baru', beliau sujud syukur pada Allah s.w.t. "Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat diriku menjadi hamba-Mu yg bersyukur atas nikmat yg telah Engkau berikan.." Beliau berpesan pada kami; "Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang diberi rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengannya. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tapi menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti diteruskan.
Sekarang ini hati akak tenang sangat..kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik2 dapat merasakan betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan , mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan, tak rugi kita bersabar..." Keperibadiannya indah. Cerminan al-Quran katanya 'Aisyah ra. Dari semua aspek kehidupan, diperagakannya hanyalah kesyumulan. Allah mengajar manusia berkehidupan di muka bumi ini melalui baginda. Menuruti sunnahnya adalah pahala. Kasih sayangnya tiada bertepi, dari yang kecil hingga yang tua, dari hamba hingga ke bangsawan, dari dulu sampai sekarang, hingga ke akhirnya.. Dialah peribadi unggul sepanjang zaman. Mencintainya suatu kemuliaan...
Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul didalam satu majlis bersama para sahabat.
Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat gelisah melihat sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah saw. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, baginda mengatakan bahawa terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah saw, "Bukankah kami ini ikhwanmu?" Rasulullah menjawab, "Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku. .. Aku sangat rindu bertemu dengan mereka.."
Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat- Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya (al-Ahzab:56)
(kisah ini dinukilkan oleh sahabat Syamimi hasil pengalaman benar yang telah dilalui..pernah disebarkan melalui e-mel & blog sebelum ini..) sesungguhnya, ana sangat bersyukur kerana dilahirkan didunia ini sbgai ummat nabi Muhammad S.A.W... banyakkan lah berselawat dan mendengar zikir..insyaAllah kita semua akan mendapt syafaatnya di Akhirat kelak..wallahu' alam..(*_ *)
sumber:remajamasjid@yahoogroup)
P/S:semoga menjadi panduan dan iktibar buat diri
Wednesday, April 7, 2010
Pandangan seorang insan
Pada suatu hari terjadi suatu peristiwa yg amat memberi kesan kepada dirinya.......
Di tepi sungai Dajlah, Hassan al-Basri melihat seorang pemuda duduk berdua-duaan dengan seorang wanita dan disamping mereka ada sebotol arak. Hassan berkata “Alangkah jahatnya orang itu dan alangkah baiknya kalau dia seperti aku”
Hendak dijadikan cerita,tiba2 beliau terlihat sebuah perahu di tengah sungai perlahan-lahan tenggelam. Pemuda yang duduk di tepi sungai tadi segera terjun untuk menolong penumpang2 perahu yg hampir kelemasan. Dia berhasil menyelamatkan enam daripaad tujuh penumpang perahu itu, kemudian dia berpaling ke arah Hassan al-Basri seraya berkata “jika engkau memang lebih mulia daripada ku, maka dengana nama Allah,selamatkanlah lagi seorang penumpang yang belum sempat aku selamatkan”
Namun Hassan al-Basri tidak berhasil menyelamatkan seorang penumpang itu. Maka pemuda itu berkata kepadanya “Tuan, sebenarnya wanita yang duduk di sebelah aku itu adalah ibuku sendiri, sedangkan botol itu hanya mengandungi air biasa dan bukannya arak sperti yang tuan fikirkan. Ini hanya untuk menguji tuan sahaja”
Hassan al-Basri terpegun dengan kata-kata pemuda tersebut, lalu beliau berkata “kalau begitu sebagaimana engkau telah berjaya menyelamatkan penumpang2 perahu tersebut daripada bahaya tenggelam ke dalam sungai, maka selamatkanalah aku daripada tenggelam dalam bahaya kebanggaan dan kesombongan. Orang itu menjawab “mudah-mudahan Allah akan mengabulkan doa tuan”
Semenjak hari itu, Hassan al-Basri selalu merendah diri dan menganggap dirinya sebagai makhluk yang paling hina. Antara pengajaran yg boleh kita semua ambil daripada kisah ini adalah:
Jangan berburuk sangka terhadap orang lain serta memandang rendah padanya. Apabila kita melihat orang lain berbuat maksiat kepada Allah, jangan kita menghina orang itu (dan jangan pula kita redha dengan perbuatannya). Kerana mungkin orang itu, jahil tentang perbuatannya itu. Sebaliknya kita perlu malu pada diri kita sendiri yang telah Allah kurniakan ilmu tapi masih juga lakukan perkara2 yang Allah larang
Dua perkara yang patut kita ingat tentang diri kita adalah “perbuatan baik orang pada diri kita dan perbuatan jahat kita pada orang”
Dua perkara yang patut kita lupakan tentang diri kita adalah “kejahatan orang lain terhadap diri kita dan kebaikan kita terhadap orang lain”
Kalau diteliti apa yang berlaku pada masyarakat akhir zaman ini adalah sebaliknya. Perkara kebaikan yang diberikan kepada oranag lain dan kejahatan orang lain pada dirinya adalah sangat2 diingati. Sehingga menimbulkan perasaan takbur, riya’ mahupun dendam dan hasad dengki. Itu yang sampai sanggup pergi berjumpa dengan bomoh untuk mengenakan pihak yang berbuat jahat kepadanya. Dan apabila dia berbuat kebaikan,dia akan berusaha untuk menghebohkan kebaikan yang telah dibuat samada secara langsung atau tidak langsung.
Begitu juga dengan perkara yang sangat2 dilupakan adalah kejahatan diri kepada orang lain dan kebaikan orang lain kepadanya. Hal inilah yang menyebabkan banyak pihak yang akan berkecil hatidan tersinggung di sebabkan adanya sikap tersebut pada seseorang dan tidak kurang juga akan timbulnya pergaduhan dan permusuhan.
Firman Allah S.W.T, yamg bermaksud:
“ Sesungguhnya orang2 yang percaya kepada keterangan Kami, ialah orang yang apabila dibaca ayat-ayat itu kepada mereka, mereka sujud dan bertasbih kepada Tuhan dan mereka tidak menyombongkan diri. Mereka meninggalkan tempat tidurnya dan menyeru Tuhannya dengan perasaan penuh kecemasan dan pengharapan dan mereka membelanjakan (dijalan kebaikan)s ebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada mereka”
(AS-SAJADAH, ayat 15-16)
p/s kakak: bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya~ LUQMANUL HAKIM
Subscribe to:
Posts (Atom)








