Tuesday, February 8, 2011

Amar, Kita & Kematian




Baru-baru ni tengah-tengah duduk berehat kat kusyen dengan emak aku, tiba-tiba emak aku buka cerita pasal adik saudara aku. Baru umur lima tahun. Emak  aku tengah jaga budak tu sekarang dari pukul 12 tengahari (waktu dia balik tadika) sampailah mak bapak dia datang ambil dalam pukul 6.30 petang. Aku dengan  adik aku suka usik budak ni. Kalau kena usik, sikit-sikit  dia akan menjerit. Kalau dia menjerit mahu nak runtuh rumah aku. Tapi ada satu hal yang membuatkan budak ini istimewa . Disebabkan satu hal, dia mengingatkan aku pada hakikat sebenar kehidupan di dunia ni. Alkisahnya macam ini.
 Setiap hari dari isnin sampai jumaat, tepat jam 12 tengahari emak aku akan ambil budak ni. Emak aku jalan kaki sahaja untuk ambil dia. Almaklumlah tadika dia dekat degan rumah aku.
Satu hari tu, dalam pukul 12 tengahari. Masa dalam perjalanan nak blik rumah aku. Tiba-tiba budak ni pun cakaplah kat mak aku. Dalam kepala otak aku dah fikir, mesti budak ni nak minta mak aku belikan gula-gula  sebab ada kedai  sepanjang perjalanan. Tapi jangkaan aku meleset, aku rasa hairan bila budak tu cakap...

“Maklang, maklang nak tahu tak, sebenarnya amar dah nak mati. Amar dah bosan dengan hidup ni.  Amar stress”

“Kenapa Amar cakap macam tu. Amar kan ada mama dengan abah. Nanti mama dengan  abah sedih kalau dengar Amar cakap macam ni”

“Amar dah bosan”

“Lain kali jangan cakap macam ni lagi”

“ye la maklang”.

Selepas cakap macam tu, budak ni pun berlari-lari pulang ke rumah aku. Masa mak aku cerita dekat aku, aku rasa tak percaya. Tapi masakan mak aku nak bohong kat aku perkara-perkara macam ni.
Kalau kanak-kanak sekecil Amar yang belum merasai betapa banyaknya nikmat dalam kehidupan ini pun dah merasa bosan untuk hidup  apatah lagi bagi mereka yang tidak rasa bertuhan di dalam diri. Memang semua manusia akan mati. Tapi kematian itu, Allah yang tentukan bila waktunya kan berlaku. Sementara belum sampai waktunya, hidup yang dikurniakan Ilahi perlu kita hargai. 




Nampaknya kanak-kanak sekecil Amar perlu dibentuk dengan acuan agama yang lebih lagi bermula sekarang. Agar dia merasai betapa hidup itu bukanlah sesuatu yang membosankan. Dan hidup bukan setakat pergi sekolah, balik sekolah, tengok cerita kartun, makan dan tidur.
Dan mungkin Allah nak beri peringatan kepada kita yang dewasa ini, yang sering lupa pada hakikat sebenar kehidupan melalui anak sekecil Amar.

Dari mana kita datang? Untuk apa kita dihidupkan? Kemana kita akan dikembalikan? 

p/s: cerita ini bukan rekaan tapi adalah benar