Friday, April 22, 2011

Antara DUA


KHAMIS (21/4/2011)

Azam: Apahal orang semua berkumpul dekat depan tu. Kenapa kecoh-kecoh sangat ni??

Azim: Alahai kau ni Azam.. dekat depan tu ada artis la.Itu sebabnya orang berpusu-pusu nak pergi depan sana. 

Azam: Patutla ramai yang pergi  meluru ke depan ni...Eh kau nak pergi mana pulak tu??

Azim: Apalagi join sekaki la...Kan ada artis  tu. Bukan senang    nak jumpa. Aku nakla juga pergi  minta autograph ke..dapat salam pun best gak

Azam:????? 

Selepas setengah jam

Azam:Siapa dekat depan tu??

Azim: Nasha fanda

Azam: Dapat tak kau salam dengan dia??

Azim: tak dapatla..ramai sangat orang ..sedihnya. ..dah la dia pelakon favourite aku.

Azam: tak mengapa..sekurang-kurangnya, kau dapat elakkan diri daripada menanggung dosa

Azim: Dosa apa pulak ni

Azam:Ye la dosa bersalam dengan yang bukan mahram

Azim: ............... 

Azam: takpe.. esok aku bawak kau  dekat satu tempat ni...ada orang popular..lebih popular daripada  Nasha fanda

Azim: siapa2... ce cite?? Nadia AF20?? Shima idola kecil?

Azam: tak pe..kau ikut je aku besok..lepas solat nanti kita jumpa la dia..

Azim: Ni yang buat aku tak sabar ni.

JUMAAT (22/4/2011)

Azim: Weh dah lepas solat ni..kau kata nak bawa aku pergi jumpa orang popular..mana?? mana??

Azam: Jomla..dekat depan tu je..

Azim: Ha?? takkan dalam masjid ni kot dan apahal semua orang meluru ke depan ni??

Azam: La  tak kan kau tak nampak..ada sheikh...imam dari    masjidilharam kt depan tu.          
Eh, kau nak pergi mana pulak ni??  Kau tak nak pergi salam  dgn sheikh ke?.Ambil berkat.. Semalam kau sanggup bersempit dgn org ramai..semata2 nak pergi  salam dengan artist tu,,tpi sekarang???

Azim: ^_^..moh2 jom amik berkat...

Memang seronok  bila dapat berjumpa dan bersalam dengan orang yang popular yang menjadi kegilaan ramai. Tetapi lagi seronok dan lagi baik bila kita dapat berjumpa dan bersalam dengan orang yang lagi baik agamanya (ulama-ulama). Jumaat yang indah ini,telah disinari dengan kehadiran  Sheikh  Abdul Rahman Ibn Abdul Aziz as-Sudais dari Masjidilharam yang mengimamkan solat jumaat dekat Masjid Negara. Seronok tengok suasana (tgok dlm TV), bila ramai makmum berpusu-pusu nak mendapatkan sheikh..nak bersalam-salaman  sehingga terpaksa dikawal oleh polis.


p/s: tiada kena mengena dgn sesiapa pun

Wednesday, April 13, 2011

NAK PANGKAH 5





Pagi tadi dengar ceramah daripada Prof. Dr. Muhaya dekat IKIM.fm.

Setiap hari dalam hidup kita merupakan pilihanraya.
Kita nak pangkah yang mana satu??

IMAN @ NAFSU???

PAHALA @ DOSA???

SYURGA @ NERAKA???

TAAT @ MAKSIAT???

REDHA ALLAH @ MURKA ALLAH???

Sebagai individu yang diberi akal, alquran dan sunnah sebagai panduan dan petunjuk... kita berhak memangkah pilihan yang mana kita suka. Tetapi natijahnya daripada pilihan itu,kita sendiri yang akan menanggungnya nanti. Berhati-hatilah dalam membuat pilihan.

LIVE WELL OR HELL,YOU CHOOSE 




P/S: (pinjam kata2 Hlovate dlm buku "rooftop rank")


Thursday, April 7, 2011

TARIKH KERAMAT


YUYU: YA kau EXAM bila??
YAYA:  minggu depan dah nak mula exam.
YUYU: YA, kau dah buat persiapan ke?
YAYA: Mestilah. Study hard n smart. insyaAllah dapat jawab dengan baik nanti.
YUYU: hmmmm..kau MATI bila?
YAYA: Erk! Apahal pulak tanya bila aku mati
YUYU: Jawab je la
YAYA: Aku rasa semua orang akan bg jawapan yg sama. Tak  tahu bila diorang akan mati.
YUYU: Habis tu, apa perancangan kau untuk hadapi kematian?
YAYA: hmm.....

Apabila tahu tarikh exam yang akan dihadapi, ramai yg mencari peluang membuat persiapan dengan bersungguh- sungguh. Adakalanya sanggup tak tidur malam. Risau. Banyak lagi nota yg tidak dibaca. Tak kurang juga mereka yang akan bergelar raja sehari. Sebulan dua bulan sebelum walimah, pasti bersungguh-sungguh membuat persiapan.Tetapi berapa ramai di antara kita yang bersungguh –sungguh dalam membuat persediaan untuk menghadapi kematian. Sedangkan tarikh kematian tak pun kita tahu. Bila-bila masa saja boleh berlaku. Kematian makhluk tidak akan dilewatkan mahupun diawalkan walaupun sesaat. disebabkan waktu kematian yang dirahsiakan, maka persiapan awal dan bersungguh-sungguh itu perlu supaya hasil yang akan dibawa ke sana adalah baik.insyaAllah.

Pengajaran hari ini: jangan bertangguh dalam melakukan sesuatu pekerjaan yang baik. Akibat daripada bertangguh, hasil kerja semuanya kurang memuaskan.

Sunday, April 3, 2011

ATAS NAMA KEIMANAN

Kisah berlaku waktu satu rombongan guru pelatih membuat rombongan ke tempat bersejarah. Bila sampai ke tempat yang dituju para guru pelatih mendapati tempat tersebut merupakan satu yang tidak pernah dikunjung oleh sesiapa…lengang, sepi!

Maka guru pelatih bermula turun untuk melihat kesan sejarah yang ada di tempat tersebut. Pada permulaan, mereka berkumpul bersama melihat kesan sejarah yang ada. Lebih kurang sejam selepas itu mereka berpecah menuju ke tempat sejarah yang mereka sukai.

Nak jadi cerita, seorang guru pelatih perempuan yang begitu tekun mencatit dan mengarang maklumat yang ada pada kesan sejarah tersebut, tanpa disedar,dah tertinggal.

Yang trainer pulak ingat semua cikgu-cikgu dah ada dalam bas, so mereka bertolak untuk balik.

Cikgu pelatih yang tertinggal tu mula gabra…menjerit sekuat hati, cemas giler panggil kawan-kawan dia dan pelatih yang lain. Tapi hampa.

So dia tekad berjalan nak keluar dari tempat berkenaan menuju ke kampung berdekatan. Sejam berjalan tetapi masih tidak menjumpai sesiapa. Startlah letih dan menangis panggil mak ayah.

Pusing pusing nampak satu pondok kecik berdekatan dengan tempat tu. so dia pegi ketuk pintu. Keluar seorang pemuda anggaran umur linkungan lewat 20an dan bertanya: siapa kamu? Jawablah cikgu tadi yang dia tertinggal bas rombongan, dan tak tahu nak pulang.

Berkatalah lelaki tadi bahawa tempat yang ingin ditujunya berletak di selatan dan tempat mereka berada di utara, dan tempat tu memang tak didiami sesiapa. Maka menangislah cikgu tadi bagai orang hilang akal…

Disebabkan kesian, lelaki tu menyuruh cikgu tadi bermalam dipondok dia je sementara tunggu subuh untuk di hantar pulang.

Cikgu tu disuruh tidur atas katil lelaki tersebut manakala lelaki itu tidur atas lantai berhamparkan kain je dan ambil sehelai kain lain digantung sebagai pengadang tempat tidur antara dia dan cikgu tu.

Lelaki tadi duduk dipenjuru pondok dan membaca buku. Yang cikgu tu tutup seluruh badan dia ngan kain gebar menahan menangis dek takut dan tak henti matanya mengawasi lelaki misteri tu.

Tiba-tiba lelaki tu tutup buku dan pergi kat lilin yang menyala dan membakar jarinya satu persatu.
Cikgu tadi apalagi, bertambah kecut perut takut kerana berfikir bahawa lelaki tersebut mengamalkan ilmu songsang.. mengeletar giler maut… Maka kedua-duanya tidak tidur sehingga pagi…

Bila menjelang pagi lelaki tersebut menghantar cikgu tadi ketempat asalnya.

Bila dah sampai rumah, cikgu tadi pun menceritakan apa yang terjadi kat mak bapak dia. Bapak cikgu tu dengan seribu satu persoalan mengesyaki sesuatu berlaku, sebab tengok anak dia nampak sakit, pucat lesi dan takut amatlah sangat.

Si bapa pun pergi ke tempat yang dimaksudkan anaknya tu. Menyamar sebagai pemburu yang tersesat dan bertanya tempat tuju. Dalam hati si bapa tadi hairan tengok jari jari tangan lelaki tadi berbalut dan bertanya kenapa…

So lelaki tu pun cerita bahawa dua malam lepas datang seorang perempuan cantik elok paras rupa untuk tumpang bermalam dipondok beliau. Dan sudah tentu pada ketika itu syaitan iblis sudah berada bersama mereka. Disebabkan takut terjadinya perkara yang tidak diingini berlaku, beliau membakar jarinya satu persatu supaya dapat menghindarkan diri dari berfikir memperkosa perempuan tersebut.

Mendengar penerangan lelaki tersebut si bapa mempelawa lelaki berbalut jari itu datang kerumahnya dan berhajat mengahwinkan anaknya kepada lelaki tersebut.., tanpa pengetahuan lelaki tu yang bahawasanya perempuan yang akan dikahwininya adalah perempuan yang menumpang tidur di katil nya 2 malam yang sudah…

MORAL CERITA :

Apabila kita nak lakukan dosa, cubalah kita letakkan tangan kita di atas api. Jika kita mampu menahan kepedihan api tanpa rasa sakit, lakukan dosa tersebut TETAPI jika kita tak mampu.

Ingatlah bahawasanya api di dunia ini telah di hilangkan bisa neraka selama beribu2 tahun baru diletak di dunia ni, dan cuba kita bayang dan rasakan kepedihan api sebenarnya iaitu Api Neraka..

p/s: copy paste from group tazkirah =)
by Syafiqah Saidun on Wednesday, March 30, 2011 at 9:49am
citer ni saye bace dari profile seorang ustaz :)

Tuesday, March 29, 2011

OH MY صديق


Menghitung hari- hari terakhir bersama teman seperjuangan yang sentiasa bersama tak kira senang mahupun susah. Sememangnya adat bertemu pasti kan berpisah. Yang hidup  pasti kan mati.

Hampir  4 tahun. Bukanlah satu tempoh yang singkat mahupun tempoh yang lama dalam mengenali hati budi seseorang.  Tetapi tempoh ini sudah cukup untuk kita mengenali siapa sahabat kita dari sisi pandangan kita dan siapa kita dari sisi pandangan sahabat kita. Pelbagai kerenah. Pelbagai ragam.
 
 Sudah baikkah kita sebagai seorang sahabat terhadap sahabat kita yang lain ?Sudah elokkah budi pekerti dan akhlak kita terhadap sahabat kita? Ikhlaskah kita dalam bersahabat dengan mereka semua?

“ kita tidak perlu mencari seorang manusia yang sempurna untuk dijadikan teman, tetapi cukuplah mempunyai seorang teman yang menjadikan kita sempurna apabila bersamanya”.

Alhamdulillah kita masih diberikan peluang untuk mengenali sahabat- sahabat kita. Hargailah sahabat- sahabat yang kita ada. Jagalah hati mereka sedaya upaya yang kita mampu kerana setiap insan bernama sahabat  yang kita miliki tidak dapat dinilai hatta dengan wang jutaan ringgit.



Malam Siang Berlalu
Gerhana Kesayuan
Tiada Berkesudahan
Detik Masa Berlalu
Tiada Berhenti Oh Syahdunya

Sejenak Kuterkenang
Hakikat Perjuangan
Penuh Onak Dan Cabaran
Bersama Teman-Teman
Harungi Kehidupan Oh Indahnya

Berat Rasanya Di Dalam Jiwa
Untuk Melangkah Meninggalkan Semua
Kasih Dan Cinta Yang Terbina
Ia Akan Selamanya

Selamat Berjuang Sahabatku
Semoga Allah Berkatimu
Kenangan Indah Bersamamu
Takkan Ku Biar Ia Berlalu
Berjuanglah Hingga Ke Akhirnya
Dan Ingatlah Semua Ikrar Kita

Hati Ini Sayu Mengenangkan
Sengsara Di Dalam Perjuangan
Jiwa Ku Merana Dan Meronta Mengharapkan
Kedamaian Dan Jua Ketenangan

Tetapi Ku Akur Pada Hakikat
Suka Dan Duka Dalam Perjuangan
Perlu Ketabahan Dan Kekuatan