Wednesday, February 15, 2012

Kembara Jalanan Seorang Guru


Aku bukan lah seorang pendidik yang mendapat pengiktirafan daripada mana-mana institusi yang melatih guru-guru yang profesional di tanah airku.Tetapi takdir telah mengizinkan aku untuk menjadi seorang guru walaupun aku bukanlah graduan lepasan mana- mana maktab perguruan mahupun yang berkelulusan ijazah sarjanamuda dalam bidang pendidikan.

Perjalanan ku sebagai seorang guru bermula di sekolah lamaku. Sekolah tempat aku menimba ilmu dari tahun 1995 sehinggalah ke tahun 2000.Sekolah yang sudah kutinggalkan sejak 12 tahun yang lalu. Kini, aku kembali menabur budi di situ. Siapa sangka guru yang pernah suatu ketika mengajarku dahulu, kini menjadi rakan sejawatku.

Tahun ini, aku telah ditugaskan untuk mengajar murid- murid tahun 1,2 & 3 untuk subjek sains dan juga seni. Jadi kedua-dua bahagian otakku dapat digunakan dengan baik. Minggu ini adalah minggu ketiga aku mengajar di sekolah lamaku. Sedikit demi sedikit aku berusaha untuk beradaptasi dengan persekitaran yang dikelilingi kanak-kanak yang lebih suka bermain berbanding belajar walaupun mereka berada di kawasan sekolah. Apa yang penting adalah kerjasama antara kesabaran serta kesungguhan dalam mendidik mereka..^_^