Monday, March 5, 2012

Aku masih muda,Bro!!!!!

 "semalam aku jumpa dia,sihat je"
"dia baru 25 tahun"
"dia masih muda lagi"


Kata-kata di atas sering kedengaran apabila si mati  yang sebelumnya adalah seorang yang muda mahupun yang sihat.Sihat & muda bukan tiket untuk malaikat maut tidak menjemput kita..jika sudah tertulis sampai ajalnya, maka matilah kita.

 Tidak perlu dipersoalkan..selagi nyawa masih diberikan,kita yang masih hidup perlu sentiasa kembali bertaubat kepadaNya.. kita manusia yang sering lupa dan sering melakukan dosa.Selagi masih ada harapan , marilah bersama berhijrah ke daerah yang lebih baik.

 Semoga hari ini amal & akhlak lebih baik daripada semalam. Dan semoga esok amal & akhlak lebih baik daripada hari ini.

Alfatihah buat allahyarham cikgu Hazreen (25 tahun) yg telah kembali ke rahmatullah pada pagi isnin (5/3/2012). Semoga Allah menempatkan dia dikalangan hamba-hambaNya yang soleh dan beriman disisiNya.

Wednesday, February 15, 2012

Kembara Jalanan Seorang Guru


Aku bukan lah seorang pendidik yang mendapat pengiktirafan daripada mana-mana institusi yang melatih guru-guru yang profesional di tanah airku.Tetapi takdir telah mengizinkan aku untuk menjadi seorang guru walaupun aku bukanlah graduan lepasan mana- mana maktab perguruan mahupun yang berkelulusan ijazah sarjanamuda dalam bidang pendidikan.

Perjalanan ku sebagai seorang guru bermula di sekolah lamaku. Sekolah tempat aku menimba ilmu dari tahun 1995 sehinggalah ke tahun 2000.Sekolah yang sudah kutinggalkan sejak 12 tahun yang lalu. Kini, aku kembali menabur budi di situ. Siapa sangka guru yang pernah suatu ketika mengajarku dahulu, kini menjadi rakan sejawatku.

Tahun ini, aku telah ditugaskan untuk mengajar murid- murid tahun 1,2 & 3 untuk subjek sains dan juga seni. Jadi kedua-dua bahagian otakku dapat digunakan dengan baik. Minggu ini adalah minggu ketiga aku mengajar di sekolah lamaku. Sedikit demi sedikit aku berusaha untuk beradaptasi dengan persekitaran yang dikelilingi kanak-kanak yang lebih suka bermain berbanding belajar walaupun mereka berada di kawasan sekolah. Apa yang penting adalah kerjasama antara kesabaran serta kesungguhan dalam mendidik mereka..^_^

Thursday, January 12, 2012

ANNYONGHASEYO!!!!


Pada zaman dahulu,diceritakan terdapat seorang raja yang sudah tua memerintah sebuah negeri. Baginda tidak mempunyai anak yang boleh menggantikan banginda. Hal ini, menyebabkan baganda berdukacita. Lantas baginda memutuskan untuk mengambil seorang anak angkat dalam kalangan rakyat sebagai waris baginda. 

Setelah mengambil masa beberapa hari berfikir, akhirnya baginda mendapat idea yang bagus  sekali.
Baginda telah memberikan benih pokok kepada semua kanak-kanak lelaki di dalam negerinya. Lalu, raja mengumumkan barangsiapa yang boleh menghasilkan bunga-bunga yang paling cantik daripada benih itu, maka dialah yang akan diangkat untuk menggantikan raja.

Kesemua kanak-kanak lelaki yang mendapat benih pokok telah berusaha menanamnya dengan sebaik mungkin. Salah seorang yang menanam benih itu bernama Yong Tu. Dia memelihara benih yang ditanam dengan penuh berhati-hati. Hari berganti hari. Bulan berganti bulan.

Yong Tu mendapati benih yang ditanam tidak juga bertunas. Dia bertanya kepada ibunya,

“Mengapa benih pokok yang saya tanam masih juga belum bertunas?”

“Cuba kamu tukarkan tanah yang lebih subur ke dalam pasu itu”,cadang ibunya.

Yong Tu mengikut saranan ibunya, tetapi benih itu tetap tidak bertunas juga.Tidak lama kemudian, hari pemilihan anak angkat pun tiba. Semua kanak-kanak lelaki tampil dengan pakaian terbaik mereka dengan membawa pasu berisi pokok yang sudah berbunga.. Masing-masing sungguh teruja untuk menjadi anak angkat raja.

Raja kelihatan tidak gembira apabila melihat satu demi satu kanak-kanak lelaki membawa pasu berisi pokok yang sudah berbunga. Sehingga raja melihat seorang kanak-kanak lelaki (Yong Tu) sedang menangis sambil memegang pasu yang kosong, barulah baginda tersenyum.

“Mengapa kamu membawa pasu yang tiada tanaman berbunga di dalamnya?, soal raja sambil mendekati Yong Tu.

Tangisan Yong Tu menjadi semakin kuat . Akhirnya dia menjawab,

“ Setiap hari saya menjaga benihnya dengan berhati-hati, tetapi benih ini tidak berbunga sama sekali”.

Raja tersenyum pada Yong Tu. Lalu, raja menggenggam tangannya dengan gembira dan mengumumkan dengan suara keras,

”Inilah anak angkatku!”

Kanak-kanak yang lain terkejut dan mereka bertanya,

”Mengapa Tuanku Raja memilih anak yang membawa pasu bunga tanpa bunga? Bukankah Tuanku menginginkan seorang anak yang boleh membawa bunga-bunga yang paling cantik?”

“Anak-anakku, aku telah memberi benih yang telah direbus kepada kamu semua. Seharusnya benih kalian tidak akan sama sekali boleh berbunga!”,jawab Raja.

Kanak-kanak lelaki yang lain menundukkan kepala mereka kerana malu. Rupa-rupanya, mereka telah menanam benih yang lain, ketika benih pemberian raja yang mereka tanam tidak bertunas.
Yong Tu lah satu-satunya kanak-kanak lelaki yang jujur,.Lantas, tidak hairanlah raja memilih dia.

Kisah ini merupakan sebahagain daripada cerita rakyat korea .( Bukannya tahu pasal K-pop je). Sesungguhnya manusia pada zaman ini, sanggup melakukan pelbagai penipuan untuk medapatkan harta, pangkat dan segala-segalanya di dunia ini. Jika ada yang bersifat jujur pun,boleh dibilang dengan jari, berapa kerat yang ada di atas ,muka bumi ini.

P/s: andai ada kejujuran pasti akan hadir keadilan.. tapi dunia ni masih ada ke keadilan?????

Friday, January 6, 2012

HUTANG


Abah:  Bila kamu nak pergi bayar hutang PTPTN tu?

Anak:  Nantilah  bah. Bukan orang sorang je yang  tak bayar. Ramai lagi yang  tak bayar. Orang pun baru je habis    belajar. Takkan agen PTPTN tu nak kejar orang dulu, diorang mesti pergi kejar orang lain yang dah lama bertahun- tahun tak  pernah bayar tu.

Abah:  Ye lah tu.. nanti bila nama tu dah kena black list baru la kamu tahu langit tu tinggi ke rendah.

Anak: Alahai..takkan baru beberapa bulan tak bayar dah nak kena blacklist?.

Abah: Hah, menjawab lagi. Cuba dengar sikit nasihat abah ni. Pergi cepat  bayar hutang tu.

Anak: Nantilah, orang bayar. Jangan risau, ramai lagi yang tak bayar.

Abah: hmmm…..(teguran untuk kebaikan diri, malah diberikan macam- macam alasan untuk mengelak)

Kita sering memandang kesalahan orang lain tanpa kita melihat kesalahan diri sendiri dahulu. Bila ada yang menegur tentang kesilapan kita, dengan mudah kita melatah bahawa ramai lagi yang melakukan kesalahan  yang kita buat. Kita berterusan memberikan dalih bahawa ramai lagi yang membuat kesilapan sama seperti kita.

“ Kenapa tak pergi tegur mereka.  Kenapa sibuk-sibuk untuk menegur kita? Mereka pun buat salah juga” Dalam hati timbul perasaan marah terhadap si penegur. 

Padahal orang yang kena tegur sepatutnya mengucapkan  terima kasih kepada si  penegur. Bagi saya ini juga salah satu kasih sayang yang Allah nak tunjukkan melalui orang lain. Allah sayangkan kita ,maka di tegurnya kita melalui orang lain. Jika tidak disayangnya kita , maka teguran tu akan ditujukan kepada orang lain yang  lebih Dia sayangi. 

Mujurlah masih ada yang sudi menegur.Bagaimana jika tiada lagi yang sudi menegur segala perbuatan salah kita?? 

p/s: hutang dengan manusia perlulah dijelaskan dengan segera di dunia…tapi bagaimana pula hutang kita dengan yang Maha Esa?? (seperti melalaikan tanggungjawab sebagai hambaNya)


Friday, April 22, 2011

Antara DUA


KHAMIS (21/4/2011)

Azam: Apahal orang semua berkumpul dekat depan tu. Kenapa kecoh-kecoh sangat ni??

Azim: Alahai kau ni Azam.. dekat depan tu ada artis la.Itu sebabnya orang berpusu-pusu nak pergi depan sana. 

Azam: Patutla ramai yang pergi  meluru ke depan ni...Eh kau nak pergi mana pulak tu??

Azim: Apalagi join sekaki la...Kan ada artis  tu. Bukan senang    nak jumpa. Aku nakla juga pergi  minta autograph ke..dapat salam pun best gak

Azam:????? 

Selepas setengah jam

Azam:Siapa dekat depan tu??

Azim: Nasha fanda

Azam: Dapat tak kau salam dengan dia??

Azim: tak dapatla..ramai sangat orang ..sedihnya. ..dah la dia pelakon favourite aku.

Azam: tak mengapa..sekurang-kurangnya, kau dapat elakkan diri daripada menanggung dosa

Azim: Dosa apa pulak ni

Azam:Ye la dosa bersalam dengan yang bukan mahram

Azim: ............... 

Azam: takpe.. esok aku bawak kau  dekat satu tempat ni...ada orang popular..lebih popular daripada  Nasha fanda

Azim: siapa2... ce cite?? Nadia AF20?? Shima idola kecil?

Azam: tak pe..kau ikut je aku besok..lepas solat nanti kita jumpa la dia..

Azim: Ni yang buat aku tak sabar ni.

JUMAAT (22/4/2011)

Azim: Weh dah lepas solat ni..kau kata nak bawa aku pergi jumpa orang popular..mana?? mana??

Azam: Jomla..dekat depan tu je..

Azim: Ha?? takkan dalam masjid ni kot dan apahal semua orang meluru ke depan ni??

Azam: La  tak kan kau tak nampak..ada sheikh...imam dari    masjidilharam kt depan tu.          
Eh, kau nak pergi mana pulak ni??  Kau tak nak pergi salam  dgn sheikh ke?.Ambil berkat.. Semalam kau sanggup bersempit dgn org ramai..semata2 nak pergi  salam dengan artist tu,,tpi sekarang???

Azim: ^_^..moh2 jom amik berkat...

Memang seronok  bila dapat berjumpa dan bersalam dengan orang yang popular yang menjadi kegilaan ramai. Tetapi lagi seronok dan lagi baik bila kita dapat berjumpa dan bersalam dengan orang yang lagi baik agamanya (ulama-ulama). Jumaat yang indah ini,telah disinari dengan kehadiran  Sheikh  Abdul Rahman Ibn Abdul Aziz as-Sudais dari Masjidilharam yang mengimamkan solat jumaat dekat Masjid Negara. Seronok tengok suasana (tgok dlm TV), bila ramai makmum berpusu-pusu nak mendapatkan sheikh..nak bersalam-salaman  sehingga terpaksa dikawal oleh polis.


p/s: tiada kena mengena dgn sesiapa pun

Wednesday, April 13, 2011

NAK PANGKAH 5





Pagi tadi dengar ceramah daripada Prof. Dr. Muhaya dekat IKIM.fm.

Setiap hari dalam hidup kita merupakan pilihanraya.
Kita nak pangkah yang mana satu??

IMAN @ NAFSU???

PAHALA @ DOSA???

SYURGA @ NERAKA???

TAAT @ MAKSIAT???

REDHA ALLAH @ MURKA ALLAH???

Sebagai individu yang diberi akal, alquran dan sunnah sebagai panduan dan petunjuk... kita berhak memangkah pilihan yang mana kita suka. Tetapi natijahnya daripada pilihan itu,kita sendiri yang akan menanggungnya nanti. Berhati-hatilah dalam membuat pilihan.

LIVE WELL OR HELL,YOU CHOOSE 




P/S: (pinjam kata2 Hlovate dlm buku "rooftop rank")