Friday, January 6, 2012

HUTANG


Abah:  Bila kamu nak pergi bayar hutang PTPTN tu?

Anak:  Nantilah  bah. Bukan orang sorang je yang  tak bayar. Ramai lagi yang  tak bayar. Orang pun baru je habis    belajar. Takkan agen PTPTN tu nak kejar orang dulu, diorang mesti pergi kejar orang lain yang dah lama bertahun- tahun tak  pernah bayar tu.

Abah:  Ye lah tu.. nanti bila nama tu dah kena black list baru la kamu tahu langit tu tinggi ke rendah.

Anak: Alahai..takkan baru beberapa bulan tak bayar dah nak kena blacklist?.

Abah: Hah, menjawab lagi. Cuba dengar sikit nasihat abah ni. Pergi cepat  bayar hutang tu.

Anak: Nantilah, orang bayar. Jangan risau, ramai lagi yang tak bayar.

Abah: hmmm…..(teguran untuk kebaikan diri, malah diberikan macam- macam alasan untuk mengelak)

Kita sering memandang kesalahan orang lain tanpa kita melihat kesalahan diri sendiri dahulu. Bila ada yang menegur tentang kesilapan kita, dengan mudah kita melatah bahawa ramai lagi yang melakukan kesalahan  yang kita buat. Kita berterusan memberikan dalih bahawa ramai lagi yang membuat kesilapan sama seperti kita.

“ Kenapa tak pergi tegur mereka.  Kenapa sibuk-sibuk untuk menegur kita? Mereka pun buat salah juga” Dalam hati timbul perasaan marah terhadap si penegur. 

Padahal orang yang kena tegur sepatutnya mengucapkan  terima kasih kepada si  penegur. Bagi saya ini juga salah satu kasih sayang yang Allah nak tunjukkan melalui orang lain. Allah sayangkan kita ,maka di tegurnya kita melalui orang lain. Jika tidak disayangnya kita , maka teguran tu akan ditujukan kepada orang lain yang  lebih Dia sayangi. 

Mujurlah masih ada yang sudi menegur.Bagaimana jika tiada lagi yang sudi menegur segala perbuatan salah kita?? 

p/s: hutang dengan manusia perlulah dijelaskan dengan segera di dunia…tapi bagaimana pula hutang kita dengan yang Maha Esa?? (seperti melalaikan tanggungjawab sebagai hambaNya)


2 comments: