Tuesday, March 27, 2012

DUNIA ITU MADU


Bismillahirrahmanirrahim.

Semuanya akan ditinggalkan.Tiada satu pun bahagian dunia yang akan kita bawa ke sana.
Realiti dunia. Contoh yang diberikan oleh Imam Ghazali Rahimullah tentang dunia.

Seorang lelaki berjalan merentasi sebuah hutan. Sedang dia berjalan,dia terlihat seekor singa sedang berlari mengejarnya. Apalagi, dia lari dan terus lari. Akhirnya dia tiba di sebuah telaga .Dia mengambil keputusan untuk terjun ke dalam telaga. Dia berjaya berpaut pada tali yang terdapat  di dalam telaga berkenaan.

Dia menarik nafas lega dan melihat ke atas. Dia nampak singa yang sedang menanti. Di melihat ke dasar telaga dan ternampak olehnya  akan seekor ular yang besar dengan mulut terbuka luas menantikannya jatuh. Dan bantuan yang ada pada ketika itu, hanyalah seutas tali yang berjaya dipautnya.Setelah beberapa ketika, dia ternampak seekor tikus putih dan tikus hitam sedang menggit tali yang dia paut.

Atas ada singa, bawah ada ular dan bantuan yang ada hanyalah tali dan kini tali itu sedang diputuskan sedikit demi sedikit oleh dua ekor tikus.

Tiba-tiba, dia terlihat ada sarang lebah dihadapannya. Dia meletakkan jarinya pada madu lebah tersebut lantas memasukkannya ke dalam mulut. Terasa kemanisannya. Kemanisan madu lebah menyebabkan dia melupakan sementara sang singa, ular dan dua ekor tikus itu.

Imam Ghazali Rahimullah berkata,singa adalah kematian yang mana selalu mengejar kita. Ular itu adalah kubur kita yang mana setiap orang pasti akan ' jatuh' ke dalamnya. Jika orang itu baik, maka kuburnya akan menjadi salah satu daripada taman syurga.Jika orang itu jahat,maka kuburnya akan menjadi salah satu daripada lubang neraka.

Tali merupakan kehidupan kita. Manakala tikus putih dan hitam mewakili waktu  siang dan malam. Mereka akan selalu  'menggigit' kehidupan kita. Madu pula merupakan dunia. Seorang manusia merasakan kemanisan dunia lalu dia melupakan kematiannya. Dia melupakan kuburnya. Dia melupakan hari dimana dia akan mati dan bertemu dengan penciptanya.

Inilah realiti dunia.

p/s: ayat diolah semula berbantukan syarahan yang disampaikan oleh Sheik Zahir Mahmood - Don't let the duniya deceive you sumber

Wednesday, March 14, 2012

BELALANGKAH KITA?






"Bekalan air akan dicatu bermula jam 8.00 pagi hari rabu sehingga 4.00 petang hari khamis"

Apabila dengar pengumuman di televisyen,semua orang sibuk mencari bekas kosong untuk tadah air. Ada juga manusia yang buat bena tak bena dengan pengumuman itu. Maka hendak dijadikan cerita penuhlah rumah aku dengan bekas tadahan air. Makcik aku pula kata , tempat kami tak terlibat dengan krisis air.Jadi dia tak ambil pusing pun pasal nak tadah air.

Tiba-tiba aku teringat satu cerita yang aku suka baca waktu zaman kanak-kanak dulu. Cerita pasal belalang dan semut. Mungkin ramai yang ingat kisah ini. Tapi tidak mengapa. Aku cuma ingin memperingatkan kembali kepada mereka yang lupa cerita belalang dengan semut  ni.

Ada satu kawasan dekat dalam hutan, tinggal beberapa ekor semut dan seekor belalang. Belalang ni berkawan baik dengan seekor semut. Setiap hari,mereka akan bermain dan bernyanyi bersama-sama.Sehinggalah suatu hari,semut berkata kepada belalang,

"Belalang, belalang,musim sejuk semakin menghampiri kawasan kita. Jomlah kita bersama-sama mencari makanan. Kita kumpulkan makanan banyak-banyak dalam rumah kita" bicara semut yang budiman.

"Lambat lagilah musim sejuk. Jomlah kita main puas-puas.Lepas itu barulah kita pergi mencari makanan",balas belalang dengan selamba.

"Tidak mengapalah, jika kau tak mahu ikut aku. Kau mainlah sendirian. Aku ingin bersama keluargaku mencari makanan", kata semut sambil meninggalkan belalang seekor diri.

Hari demi hari, semut dan keluarganya gigih mencari makanan.Tidak seperti belalang yang malas dan berterusan bermain. Malahan belalang sempat mengejek semut yang sedang mengumpulkan makanan.

Akhirnya, musim sejuk pun tiba. Semut dan keluraganya tidak berasa bimbang tentang makanan kerana bekalan makanan yang dikumpulkan sebelum musim sejuk tiba, sudah mencukupi untuk mereka. Belalang yang berasa lapar mula mengetuk pintu rumah semut.

Semut tidak dapat memberikan makanan kepada belalang walaupun selepas dipujuk rayu oleh belalang. Bukan kerana semut kedekut.Tetapi bekalan makanan yang ada hanya cukup untuk diri  dan keluarganya sahaja.Hendak dipendekkan cerita, akhirnya belalang mati kelaparan dalam suasana musim sejuk itu.

Manusia sering bertangguh dalam mencari keampunan Allah SWT. Manusia sering berulangkali mengatakan mereka masih muda, lambat lagi hendak mati. Masa masih panjang. Dan selalu berangan -angan bahawa mereka pasti sempat bertaubat sebelum malaikat maut datang menjemput.

Adakah kita ingin jadi seperti belalang? Malas mengumpulkan makanan bagi menghadapi musim sejuk. Dalam konteks manusia, kita malas mengumpulkan amal kebaikan bagi menghadapi hari pembalasan. 

Apakah kesudahan kita harus seperti belalang? Malas mengumpul makanan,lalu berasa lapar dan akhirnya mati. Dalam konteks manusia,malas berbuat amal, tiada bekalan untuk dibawa ke negeri akhirat dan akhirnya mati sia-sia.

Allah swt menciptakan manusia sebaik-baik kejadian. Dikurniakan akal dan fikiran. Rasulullah saw turut meninggalkan dua warisan berharga untuk dijadikan panduan dan pedoman dalam melayari bahtera kehidupan yang tidak lepas daripada gelombang ujian dan cabaran. Adakah kita ingin mensia-siakan peluang yang datang cuma sebentar?

Buang sifat malas berusaha memohon ampun dan rahmatNya. Buanglah perasaan suka bertangguh  untuk berhijrah ke arah yang lebih baik.Ayuh sama-sama kita sediakan "payung"bekalan amal, sebelum "hujan" maut turun menimpa kita. Apabila ajal sudah pun tiba, ia tak akan terlewat mahupun tercepat walau sesaat.

 Abdullah bin Umar radhiyallahu’anhuma berkata : Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam memegang kedua pundakku dan mengatakan, ”Jadilah engkau di dunia seperti orang asing atau orang yang singgah di perjalanan.” Ibnu ‘Umar berkata, “Kalau engkau berada di waktu pagi jangan sekedar menunggu datangnya waktu sore. Kalau engkau berada di waktu sore jangan sekedar menunggu datangnya waktu pagi. Manfaatkanlah waktu sehatmu sebelum datang waktu sakitmu. Dan gunakanlah masa hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Bukhari. 6053, Kitab ar-Raqaa’iq)sumber

P/S:peringatan buat diri yang selalu alpa dan leka dengan palsu dunia..


Monday, March 5, 2012

Aku masih muda,Bro!!!!!

 "semalam aku jumpa dia,sihat je"
"dia baru 25 tahun"
"dia masih muda lagi"


Kata-kata di atas sering kedengaran apabila si mati  yang sebelumnya adalah seorang yang muda mahupun yang sihat.Sihat & muda bukan tiket untuk malaikat maut tidak menjemput kita..jika sudah tertulis sampai ajalnya, maka matilah kita.

 Tidak perlu dipersoalkan..selagi nyawa masih diberikan,kita yang masih hidup perlu sentiasa kembali bertaubat kepadaNya.. kita manusia yang sering lupa dan sering melakukan dosa.Selagi masih ada harapan , marilah bersama berhijrah ke daerah yang lebih baik.

 Semoga hari ini amal & akhlak lebih baik daripada semalam. Dan semoga esok amal & akhlak lebih baik daripada hari ini.

Alfatihah buat allahyarham cikgu Hazreen (25 tahun) yg telah kembali ke rahmatullah pada pagi isnin (5/3/2012). Semoga Allah menempatkan dia dikalangan hamba-hambaNya yang soleh dan beriman disisiNya.