Saturday, November 27, 2010

FACEBOOK- Pergaulan Zaman Moden


“Dakwah cara dulu dah tak sesuai dah,budak-budak sekarang nak benda baru..”

“Mereka lain,kita bolehlah,kuno,tak ada Facebook,diorang lain,maju,so dakwah diorang pun patut lain..”

“Jangan samakan kita dengan mereka,mereka ganerasi baru yang memerlukan sesuatau yang baru…”

“Zaman mereka ada teknologi,zaman kita bercinta pakai surat,sembur minyak wangi,letak coki-coki,tapi zaman mereka private message di Facebook,hi,cantik gambar..”

“Saya menentang keras pada pendakwah yang masih menggunakan pendekatan sama yang lama ke atas anak muda sekarang..”

Ayat-ayat di atas seringkali kita dengar,samada dari mulut kawan kita atau mulut kita sendiri. Jika kita yang mengucapkannya,beristighfarlah kerana ayat-ayat di atas mungkin mendatangkan dosa dan azab Allah. Ayat-ayat di atas secara tidak lansung menghina Rasulullah,ayat-ayat di atas seolah-olah menafikan cara dakwah Rasulullah adalah cara yang paling baik dan kita seolah-olah ingin mencipta sesuatu yang baru,bid’ah,dolalah atau hasanah, Wallahua’lam.

Tak dinafikan teknologi mengubah zaman,kalau dulu zaman paleotik dikatakan tiada teknologi,bila mereka mula mencipta sesuatu dari batu,mereka diklasifikasikan sebagai mesolotik. Walaupun teknologi mereka berubah namun cara hidup mereka tetap sama,rutin harian lansung tidak berubah. Bangun dari tidur,keluar cari rezeki dan balik tidur. Biar hebat mana pun teknologi yang mereka reka,rutin harian tidak berubah cuma masa mereka melakukan kerja berubah menjadi cepat.

Begitu juga dengan teknologi sekarang,kalau dulu ramai yang menafikan nabi ke Palestin semasa isra’ mikraj sebagai satu penipuan kerana kuda yang paling laju pun mustahil untuk sampai ke Palestin dari Makkah dalam masa semalam tapi hari ini segalanya berubah. Saya yang berada di Jepun boleh berada di Hawai pada malam ini dan di Malaysia keesokannya. Masa manusia melakukan kerja disingkatkan dan kerja manusia dimudahkan,itulah hakikat teknologi.

Namun,adakah Islam berubah mengikut teknologi?

Adakah dengan terciptanya sabun detol,air tanah tidak diperlukan lagi dalam proses sertu kalau anda tersentuh air liur anjing?

Adakah dengan terciptanya babi bersih anda halal untuk makan babi?

Adakah dengan terciptanya makanan berperatus seperti megi 50% halal,50% daripada megi tersebut boleh dimakan?

Adakah dengan terciptanya Facebook,lelaki dan perempuan boleh berhubungan,berbalas komen dengan sesuka hati? Adakah itu tidak dipanggil pergaulan bebas?

Sahabat,biar hebat mana pun teknologi dicipta,Islam tidak akan berubah. Kalau dulu solat 5 waktu,sekarang pun solat 5 waktu. Kalau dulu babi haram,sekarang pun babi haram. Kalau dulu pergaulan bebas Rasulullah tegah,sekarang? Sama walaupun ia nampak sedikit kelaianan.

Facebook memang banyak kebaikan,tidak kurang juga keburukannya. Hari ini kita berbalas-balas komen dengan kawan berlawanan jantina kita tanpa rasa bersalah. Dulu bila berhadapan,kedua-dua malu untuk bersua muka,apatah lagi bergurau senda tapi bila di Facebook,benteng malu tiada lagi. Apa-apa status yang si dia tulis,kita tunggu dengan penuh sabar,bila komennya keluar kita komen dengan penuh ‘kiut’. Segala jenis emoticon ditambah supaya resepi mengorat menjadi.

Kalau tidak mengorat sekalipun,bukankah itu sudahpun digelar pergaulan bebas. Saya tegaskan sekali lagi,memang tiada bertepuk-tampar tapi berhubung secara berlebihan antara lelaki dan perempuan bukan mahram ditegah dalam Islam. Saya tak nafikan saya juga kadang-kadang terlebih tapi selepas membaca post dari salah seorang penulis Azzariyat di blognya,saya tertampar[saya lupa post yang mana tapi ini link blog beliau]. Jadi mulai hari ini,marilah kita cuba untuk meminimumkan perhubungan kita dengan bukan mahram kita di Facebook, kalau tidak perlu,jangan komen. Moga dengan kita menjaga hubungan kita dengan bukan mahram kita di hari ini,Allah menjaga hubungan kita dengan si dia selepas kita berkahwin dengannya.

sumber: azzariyat.com

Tuesday, October 26, 2010

Biarkan!!!!


Biar kepahitan itu pergi, agar kemanisan itu mengisi

Biar kekcewaan berlalu, agar kegembiraan mewarnai

Biar kegelisahan lenyap, jangan kita hilang semangat

Biar penderitaan itu menyapa,agar kekuatan kita menjana semula

Biarlah diri ini derita, agar kau tahu keperitan derita itu.

Agar kau sedar kesengsaraan ini, tidak sama bahkan hanya secebis  dari penderitaan Rasulullah s.a.w

Allah tidak pernah sesekali menzalimi hambaNya

Tetapi manusialah yang menzalimi diri mereka sendiri

Cahaya kelam pahala dan dosa. Dikau berupaya memilihnya

Walau kadangkala tersasar lantaran pautan nafsu...

Namun pelunag dariNya sentiasa ada

Namun kasih sayangNya sentiasa memayungi

Diturunkan ad-din menghiasi akal

Dianugerahkan akal memperhalusi akhlak

Dikurniakan akhlak mencantikkan pekerti

Menjadi sebaik-baik umat, tunduk sebagai hamba

Berjalan sebagai khalifah

Menyusuri kehidupan mencari sebutir permata ’iman’

Menyemai pohonan ‘taqwa’

Agar dapat berteduh daripada kepanasan ‘nafsu’

Agar dapat berlindung daripada angin hasutan syaitan

Dalam mencari keredhaan Allah s.w.t
 

Tuesday, October 5, 2010

NAMAKU REMAJA



Saya sedang berada di alam remaja. Anda bagaimana? Jika anda rasa anda remaja, maka anda remaja! Bermakna kita dalam peringkat umur yang hampir sama. Jika 10 tahun lalu, sebut saja remaja, saya tidak pasti apakah perkara pertama yang akan terbit dari kotak pemikiran orang ramai. Tapi jika disebut ‘remaja’ dalam suasana zaman sekarang, perkara yang mungkin terbit dari kotak pemikiran orang ramai pasti berbagai-bagai. Rokok, anak luar nikah, rempit. Itu yang negatifnya. Ada juga yang positif. Ramai juga remaja yang mula berjinak-jinak mengenal usrah, ada juga yang berminat menyertai program-program yang membina jati diri.

Kita remaja yang bagaimana? Yang negatif atau yang positif ? Dan kita memilih untuk menjadi remaja yang negatif atau positif? Ayuh berusaha menjadi remaja yang berkualiti. Remaja yang dikatakan berkualiti ini bukan hanya tertumpu kepada satu jenis remaja sahaja. Nak jadi remaja yang bagus tidak menunggu kita sempurna. Tidak menunggu semua remaja menjadi ustaz dan ustazah. Kalau kita sedang belajar ilmu kejuruteraan, jadilah jurutera yang bervisi kepada akhirat. Jurutera yang tidak lupa pada solat dan al-quran sebagai panduan hidup. Kalau sedang belajar ilmu perubatan, kelak jadilah seorang doktor yang punya akhlak islamiah. Kalau sedang belajar ilmu pendidikan, bila jadi guru nanti jadilah guru yang ikhlas dan menjadi qudwah hasanah kepada pelajar kita .Barulah dunia ini aman dipimpin dan dihuni oleh ustaz, ustazah, jurutera, doktor , guru yang kesemuanya berkualiti untuk kejayaan dunia dan akhirat kelak!
Remaja yang punya visi ke arah kebahagiaan hidup di akhirat ini sifatnya cukup berhati-hati. Jika nak berkata-kata sekalipun, dia fikir dulu adakah kata-kata dia itu memberi manfaat kepada diri sendiri dan  orang lain, atau kata-kata itu hanya sesuatu yang sia-sia saja. Nak ber’yahoo messenger’ sekalipun dijaga batas-batas setiap berkataan yang ditulis. Nak berfacebook sekalipun, dia berhati-hati dengan apa yang dikongsi dalam facebook.

” Yang ini terbuka aurat, tak boleh upload gambar ni dalam facebook.”

” Yang ini menjatuhkan maruah rakan kita, maka tidak boleh dikongsi dengan rakan di facebook.”

Ikon Remaja
Berkongsi sedikit tentang seorang hamba Allah yang layak kita jadikan ikon kepada remaja. Seorang remaja yang begitu hebat di zaman Rasulullah s.a.w. Namanya Ta’labah bin Abdul Rahman, seorang remaja berusia 17 tahun. Setelah memeluk Islam,beliau selalu mengikut Rasulullah mengajar. Jika Rasulullah berhajatkan sesuatu, Rasulullah akan khabarkan kepada Ta’labah. Suatu hari Rasulullah menyuruh Ta’labah mencari sesuatu. Ketika dalam perjalanan mencari barang yang Rasulullah hajati itu, Ta’labah telah melalui sebuah rumah yang pintunya terbuka. Angin yang bertiup membuatkan pintu tandas rumah tersebut juga terbuka ditiup angin dan Ta’labah terlihat seorang perempuan sedang mandi. Ta’labah terus berkata;

” A’uzubillah! Ya Allah aku takut nanti malaikat Jibril beritahu kepada Rasulullah s.a.w! Ya Allah, aku takut turunnya ayat quran yang menyenaraikan aku dalam golongan orang yang berbuat dosa! Ya Allah…”

Dia merintih sehingga dia lupa akan barang yang dipesan oleh Rasulullah s.a.w. Dia melarikan diri dan terjumpa satu bukit di pinggir Madinah yang dipuncaknya ada gua. Ta’labah masuk ke dalam gua tersebut dan asyik menangis. Rasulullah s.a.w menanti kepulangan Ta’labah beberapa hari namun Ta’labah tidak kunjung tiba lalu Rasulullah s.a.w mengarahkan Saidina Umar untuk mencari Ta’labah dan Saidina Umar terjumpa Ta’labah di tempat dia sembunyi tadi. Apabila Rasulullah s.a.w pergi bertemu Ta’labah, Ta’labah sedang terlentang lalu Rasulullah s.a.w meriba kepala Ta’labah tetapi Ta’labah mengetepikan kepalanya. Rasulullah bertanya;

” Kenapa wahai Ta’labah?”

” Wahai Rasulullah, kepala yang penuh dosa ini tidak layak untuk berada di ribamu,wahai Rasulullah” kata Ta’labah.

” Apa yang kamu mahu Ta’labah?”

” Ya Rasulullah, aku mahukan keampunan Allah”

” Apa cita-cita kamu wahai Ta’labah?”

” Cita-cita aku hanya syurga Allah. Tolonglah doakan moga Allah mengampunkan dosa-dosaku.”

Lalu Rasulullah s.a.w berkata:

” Wahai Ta’labah aku menjamin kepadamu apa yang kamu mahu dan cita-citamu. Inilah bukti taubatmu.” 

Lalu Ta’labah menghembuskan nafasnya yang terakhir di riba Rasulullah s.a.w. Yang menariknya, ketika mayat Ta’labah siap dikafan dan tiba masa untuk dikebumikan, Rasulullah datang agak lewat ketika itu. Para sahabat membuka jalan kepada Rasulullah untuk rapat ke kubur Ta’labah. Tetapi Rasulullah berjalan merapati kubur Ta’labah dalam keadaan berjalan yang agak tersekat-sekat.
Sahabat-sahabat bertanya:

” Wahai Rasulullah, kami telah membuka jalan, mengapa Rasulullah berjalan dengan tidak selesa?”

Rasulullah menjawab:

” Kamu tidak melihat betapa ramainya malaikat yang hadir menghantar Ta’labah ke kubur.”

Itulah kisah hidup seorang remaja hebat bernama Ta’labah. Betapa takutnya beliau dengan azab Allah walaupun dia tidak sengaja terpandang perempuan yang sedang mandi itu. Begitu malu bertemu Rasulullah, begitu mengharap keampunan Allah s.w.t. Akhirnya matinya di ribaan insan mulia bernama Muhammad bin Abdullah, dan jasadnya diiringi malaikat ke kuburan. Subhanallah!
Namun cerita-cerita ini tidak lekat dalam jiwa remaja kita. Ta’labah nyata berbeza sekali dengankebanyakan  remaja 17 tahun di zaman sekarang.

Mari contohi Ta’labah
Mari kita contohi Ta’labah. Mari contohi ketakutan beliau terhadap dosa-dosanya, walaupun dosa tersebut tidak disengajakan. Mari contohi Ta’labah yang punya rasa malu dengan Rasulullah atas dosa-dosanya, walaupun dosa tersebut tidak disengajakan. Mari contohi kekuatan Ta’labah yang tidak putus memohon ampun dari Allah sehingga saat dia menghembus nafas terakhir.

Taubat Jalan Terbaik….
Masih belum terlambat mendidik jiwa menjadi seorang remaja, sekaligus seorang hamba Allah yang takut dengan dosa-dosa yang dilakukan. Ya, mungkin banyak dosa yang telah kita lakukan di alam remaja ini, namun kesilapan itu bukan pengakhiran kepada jalan hidup kita sekarang, tapi ia boleh menjadi permulaan kepada jalan hidup yang lebih baik. Taubat itu jalan terbaik kerana sebaik-baik manusia adalah manusia yang bertaubat setelah dia melakukan dosa. Allah kan Maha Pengampun. Allah juga Maha Menolong jika kita benar-benar hendak berubah. Cuma kita yang perlu cari masa berdoa dengan kusyuk mohon keampunan dan kekuatan untuk berubah menjadi lebih baik. Yang mana melalaikan kita, tinggalkan. Yang mana kita rasa memberi kebaikan kepada kita, teruskan. Kerana manusia ini berbeza kemampuannya, maka pilihlah jalan hidup yang terbaik untuk diri sendiri supaya hidup ‘disana’ nanti lebih bahagia. InsyaAllah~


P/S: kredit kpd azzariyat,com & halaqahsentuhanqalbu

Saturday, July 10, 2010

kApUr & pEmAdAm

kisah ini sangat menarik utk diceritakan,
perumpamaan yg baik dan dapat diterima akal akan lebih diingati dan dimanfaatkan oleh para pembaca...

...Seorang guru sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya...

Ia duduk menghadap murid-muridnya Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam.Si guru berkata,

"Saya punya permainan... Caranya begini, di tangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka berserulah "Pemadam!"Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti..

Si guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat.Beberapa saat kemudian sang guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka berserulah "Pemadam!", jika saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!".

Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok...

Selang beberapa saat, permainan berhenti. Si guru tersenyum kepada murid-muridnya.

"Anak-anak, begitulah kita ummat Islam. Mulanya yang haq itu haq,yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya...

Namun kemudian,musuh musuh kita memaksakan kepada kita dgn berbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya...

" Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut,tapi karena terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka,akhirnya lambat laun kalian terbiasa dengan hal itu..

Dan anda mulai dapat mengikutinya.Musuh-musuh kalian tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan etika.""Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, sex sebelum nikah menjadi suatu hiburan dan trend,materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain.""Semuanya sudah terbalik....

Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya. Paham?" tanya Guru kepada murid-muridnya. "Paham cikgu..."

"Baik permainan kedua..." begitu Guru melanjutkan. "Cikgu ada Qur'an, cikgu akan letakkannya di tengah karpet.

Sekarang anda berdiri di luar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada di tengah tanpa memijak karpet?"Murid- muridnya berpikir..

Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat, dan lain-lain.

Akhirnya si Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet.

"Murid- murid, begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya.

..Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terang..

Kerana tentu anda akan menolaknya mentah mentah.

Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka...Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sedar."

"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat."

" Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan...

""Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda."

"Mulai dari perangai anda,cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim,

tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara yang mereka...

Dan itulah yang mereka inginkan.""Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (perang pemikiran)...

Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita.."Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?"tanya mereka..

"Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi..

apa lagi yg tercengang2 tu?? ayuh kita kejutkan umat Islam lain yg masih tertidur!!!

Wednesday, June 30, 2010

J.U.L.A.I.B.I.B



Kisah ini mungkin tidaklah mashyur dikalangan kalian.....
Julaibib sahabat yang sangat miskin. Lahir pula dari golongan melarat. Dalam banyak-banyak sahabat Rasulullah s.a.w.,  boleh dikatakan Julaibib tidak dikenali sangat. Namun sebenarnya dia dekat dihati Rasulullah s.a.w. Harta julaibib hanyalah pakaian lusuh yang dipakai. Tiada berkasut. Tiada tempat berteduh.Hanya  masjid tempat menumpang. Malamnya berbantalkan lengan,  bertilamkan kerikil dan  pasir. Perutnya sentiasa kelaparan. Minumannya hanyalah air kolam yang sentiasa dicedok dengan tangan.
 Namun, dia seorang yang tekun beribadah dan taat kepada Allah S.W.T. Itulah nilai dirinya. Iman dan akhlak memayungi diri. Suatu hari dia melintasi Rasulullah s.a.w. lalu Rasulullah s.a.w memanggilnya. Rasulullah s.a.w bertanya kepada Julaibib, sama ada dia mahu bernikah ataupun tidak. Dengan rendah diri, julaibib menjawab, siapalah yang hendak menikahkan puterinya dengan dirinya yang tidak punya nama dan harta.
Beberapa hari kemudian Rasulullah s.a.w. bertemu lagi dengan Julaibib. Rasulullah s.a.w bertanyakan pertanyaan yang sama dan dia pun menjawab dengan jawapan yang sama. Pada pertemuan yang ketiga, Rasulullah s.a.w masih mengajukan persoalan yang sama dan jawapannya.....masih lagi sama dengan yang sebelumnya. Maka bersabdalah Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Wahai Julaibib, pergilah rumah si fulan bin si fulan (Rasulullah s.a.w menyebut nama seorang ansar) lalu katakan kepadanya: Rasulullah s.a.w. menyampaikan salam untukmu dan memintamu mengahwinkanku dengan anak perempuanmu”
Sahabat ansar yang dimaksudkan berasal daripada keluarga terhormat. Hendak dipendekkan cerita, maka pergilah Julaibib mengetuk pintu rumah orang ansar tersebut dengan membawa pesanan yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w. Sahabat ansar itu berkata” Semoga kesejahteraan tercurah buat Rasulullah s.a.w. Tetapi bagaimana aku boleh mengahwinkan puteriku denganmu. Sedangkan kamu tidak memiliki harta dan pangkat?”
Dari dalam rumah, puterinya yang mukminah mendengar apa yang dikatakan oleh Julaibib tentang pesanan Rasulullah s.a.w. Puteri yang mukminah itu segera berkata kepada ayahnya” Apakah ayah sanggup menolak permintaan Rasulullah s.a.w? Tidak . Demi Zat yang jiwaku berada ditanganNya!”. Dia sendiri dengan rela hati mahu menyerahkan dirinya kepada lelaki pilihan Rasulullah s.a.w.
Akhirnya berlangsunglah sebuah perkahwinan yang penuh barakah. Mereka hidup bahagia di dalam ketakwaan dan ketaatan kepada Allah dan RasulNya.Tidak lama kemudian, datangnya seruan jihad. Julaibib turut serta dalam peperangan tersebut dan berjaya menewaskan tujuh orang musuh. Namun begitu, julaibib  akhirnya syahid .
Setelah peperangan berakhir, Rasulullah memeriksa semua mangsa yang telah terkorban. Para sahabat memberitahu satu persatu nama2 mereka yang terkorban tetapi yang peliknya nama Julaibib tiada dalam senarai. Hanya kerana dia tidak dikenali dikalangan sahabat. Namun nama Julaibib terpahat di hati Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w bersabda:
“Tapi kini aku telah kehilangan Julaibib”
Rasulullah mendapati jasad Julaibib penuh diselaputi debu. Rasulullah mengusap debu daripada wajahnya sambil berkata:
“Engkau telah mebunuh tujuh orang, lalu engkau sendiri kini terbunuh. Engkau sebahagian dariku dan aku sebahagian darimu. Engkau sebahagian dariku dan aku sebahagian darimu”.
Mulialah Julaibib dengan ingatan abadi oleh Rasulullah s.a.w  sendiri.  Cintanya pada Allah dan Rasul berbalas cinta agung yang hakiki.

Saturday, June 26, 2010

MEMBUAT PERHITUNGAN DENGAN ALLAH


Jika harta yang hilang dari diri seseorang, maka tiada apa pun yang hilang, Jika kesihatan yang hilang dari diri seseorang, maka ada sesuatu yang hilang, Tetapi jika akhlak yang hilang dari diri seseorang, maka segalagalanya telah hilang dari
diri seseorang.


Dikisahkan, bahawasanya di waktu Rasulullah s.a.w. sedang asyik bertawaf di Ka'bah, beliau mendengar seseorang di hadapannya bertawaf, sambil berzikir: "Ya Karim! Ya Karim!" Rasulullah s.a.w. menirunya membaca "Ya Karim! Ya Karim!" Orang itu lalu berhenti di salah satu sudut Ka'bah, dan berzikir lagi: "Ya Karim! Ya Karim!" Rasulullah s.a.w. yang berada di belakangnya mengikut zikirnya "Ya Karim! Ya Karim!" Merasa seperti diolok-olokkan, orang itu menoleh ke belakang dan terlihat olehnya seorang lelaki yang gagah, lagi tampan yang belum pernah dikenalinya. Orang itu lalu berkata: "Wahai orang tampan! Apakah engkau memang sengaja memperolok-olokkanku, kerana aku ini adalah orang Arab badwi? Kalaulah bukan kerana ketampananmu dan kegagahanmu, pasti engkau akan aku laporkan kepada kekasihku, Muhammad Rasulullah."

Mendengar katakata orang badwi itu, Rasulullah s.a.w. tersenyum, lalu bertanya: "Tidakkah engkau mengenali Nabimu, wahai orang Arab?" "Belum," jawab orang itu. "Jadi bagaimana kau beriman kepadanya?" "Saya percaya dengan mantap atas kenabiannya, sekalipun saya belum pernah melihatnya, dan membenarkan perutusannya, sekalipun saya belum pernah bertemu dengannya," kata orang Arab badwi itu pula. Rasulullah s.a.w. pun berkata kepadanya: "Wahai orang Arab! Ketahuilah aku inilah Nabimu di dunia dan penolongmu nanti di akhirat!" Melihat Nabi di hadapannya, dia tercengang, seperti tidak percaya kepada dirinya.

"Tuan ini Nabi Muhammad?!" "Ya" jawab Nabi s.a.w. Dia segera tunduk untuk mencium kedua kaki Rasulullah s.a.w. Melihat hal itu, Rasulullah s.a.w. menarik tubuh orang Arab itu, seraya berkata kepadanya:"Wahai orang Arab! Janganlah berbuat serupa itu. Perbuatan serupa itu biasanya dilakukan oleh hamba sahaya kepada tuannya, Ketahuilah, Allah mengutusku bukan untuk menjadi seorang yang takabbur yang meminta dihormati, atau diagungkan, tetapi demi membawa berita gembira bagi orang yang beriman, dan membawa berita menakutkan bagi yang mengingkarinya."Ketika itulah, Malaikat Jibril a.s. turun membawa berita dari langit dia berkata: "Ya Muhammad! Tuhan AsSalam mengucapkan salam kepadamu dan berfirman: "Katakanlah kepada orang Arab itu, agar dia tidak terpesona dengan belas kasih Allah. Ketahuilah bahawa Allah akan menghisabnya di hari Mahsyar nanti, akan menimbang semua amalannya, baik yang kecil mahupun yang besar!" Setelah menyampaikan berita itu, Jibril kemudian pergi.

Maka orang Arab itu pula berkata: "Demi keagungan serta kemuliaan Tuhan, jika Tuhan akan membuat perhitungan atas amalan hamba, maka hamba pun akan membuat perhitungan dengannya!" kata orang Arab badwi itu. "Apakah yang akan engkau perhitungkan dengan Tuhan?" Rasulullah bertanya kepadanya.

“ Jika Tuhan akan memperhitungkan dosa-dosa hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa kebesaran maghfirahNya, ” jawab orang itu.

“Jika Dia memperhitungkan kemaksiatan hamba, maka hamba akan memperhiungkan betapa keluasan pengampunanNya”

“Jika Dia memperhitungkan kekikiran hamba, maka hamba akan memperhitungkan pula betapa kedermawananNya!'


Mendengar ucapan orang Arab badwi itu, maka Rasulullah s.a.w. pun menangis mengingatkan betapa benarnya kata-kata orang Arab badwi itu, air mata beliau meleleh membasahi Janggutnya. Lantaran itu Malaikat Jibril turun lagi seraya berkata: "Ya Muhammad! Tuhan AsSalam menyampaikan salam kepadamu, dan berfirman: Berhentilah engkau dari menangis! Sesungguhnya kerana tangismu, penjaga Arasy lupa dari bacaan tasbih dan tahmidnya, sehingga la bergoncang. Katakan kepada temanmu itu,bahawa Allah tidak akan menghisab dirinya, juga tidak akan memperhitungkan kemaksiatannya. Allah sudah mengampuni semua kesalahannya dan la akan menjadi temanmu di syurga nanti!" Betapa sukanya orang Arab badwi itu, apabila mendengar berita tersebut. la lalu menangis kerana tidak berdaya menahan keharuan dirinya.

Saturday, May 22, 2010

BUKAN ANAK DERHAKA





Situasi Satu

Ayah: Seman, ayah nak kau tinggal kat rumah jaga mak dan adik-adik kau yang   lain. Ayah nak pergi berperang ni.(walaupun ayahnya sudah lanjut usia)

Seman: Ok ayah, Seman akan tinggal kat rumah. Jaga mak dan adik-adik. Ayah pergilah berperang. Jangan risau tahulah Seman uruskan hal rumah bila ayah tiada nanti.

Situasi Dua

Ayah:Dolah, ayah nak kau duduk kat rumah ,tolong tengokkan ibu dan adik-adik kau. Ayah nak pergi berperang menetang musuh-musuh Allah.

Dolah: Ayah,janganlah ayah pergi berperang.ayah duduk saja di rumah. Lagipun  Ayah kan dah tua. Biar saya saja yang pergi menentang musuh2 Allah tu.

Ayah: Jangan kau langgar arahan ayah, Dolah.

Dalam kedua-dua situasi di atas. Anak yang manakah yang paling taat kepada perintah ayahnya. Seman atau Dolah? Jawapannya mudah. Tentu saja Seman merupakan anak yang paling taat kepada ayahnya. Tapi adakah Dolah dikategorikan sebagai anak derhaka kerana dia mengingkari arahan ayahnya? Anda punyai jawapan yang tersendiri.

Ketika Rasulullah S.A.W memanggil kaum Muslimin yang mampu berperang untuk terjun ke gelanggang perang Badar, terjadi dialog menarik antara Saad bin Khaitsamah dengan ayahnya yakni Khaitsamah. Dalam masa-masa itu
panggilan seperti itu tidak terlalu menghairankan. Kaum Muslimin sudah tidak merasa asing bila dipanggil untuk membela agama Allah dan jihad fisabilillah.
Sebab itu Khaitsamah berkata kepada anaknya, "Wahai anakku, aku akan keluar untuk berperang dan kau tinggal di rumah menjaga wanita dan anak-anak."

"Wahai ayahku, demi Allah janganlah berbuat seperti itu, kerana keinginanku untuk memerangi mereka lebih besar daripada keinginanmu. Engkau telah berkepentingan untuk tinggal di rumah, maka izinkanlah aku keluar dan tinggallah engkau di sini, wahai ayahku."

Khaitsamah marah dan berkata kepada anaknya, "Kau membangkang dan tidak mentaati perintahku."

Saad menjawab, "Allah mewajibkan aku berjihad dan Rasulullah memanggilku untuk berangkat berperang. Sedangkan engkau meminta sesuatu yang lain padaku, sehingga bagaimana engkau rela melihat aku taat
padamu tetapi aku menentang Allah dan Rasulullah."

Maka Khaitsamah berkata, "Wahai anakku, apabila ada antara kita harus ada yang berangkat satu orang baik kau mahupun aku, maka dahulukan aku untuk berangkat."

Saad menjawab, " Demi Allah wahai ayahku, kalau bukan masalah syurga, maka aku akan mendahulukanmu."

Khaitsamah tidak rela kecuali melalui undian antara dia dan anaknya sehingga terasa lebih adil. Hasil undian menunjukkan bahawa Saadlah yang harus turun ke medan perang. Dia pun turun ke medan Badar dan mati
syahid.

Setelah itu Khaitsamah berangkat menuju medan pertempuran. Tetapi Rasulullah tidak mengizinkannya. Hanya sahaja Rasulullah akhirnya mengizinkannya setelah Khaitsamah berkata sambil menangis, " Wahai Rasulullah, aku sekali terjun dalam perang Badar. Lantaran inginnya aku
harus mengadakan undian dengan anakku. Tetapi itu dimenangkannya sehingga dia yang mendapat mati syahid. Kelmarin aku bermimpi di mana di dalamnya anakku itu berkata kepadaku, "Engkau harus menemani kami di
syurga, dan aku telah menerima janji Allah. Wahai Rasulullah, demi Allah aku rindu untuk menemaninya di syurga. Usiaku telah lanjut dan aku ingin
berjumpa dengan Tuhanku."

Setelah diizinkan Rasulullah, Khaitsamah bertempur hingga mati syahid dan berjumpa dengan anaknya di syurga.


Kisah Dolah di atas adalah merujuk kepada kisah sebenar yang berlaku diantara saad dan ayahnya Khaitsamah. Saad dengan tegasnya mengingkari perintah ayahnya disebabkan hal berperang di jalan Allah merupakan hal ibadah. Dalam hal ibadah kita tidak boleh mengutamakan orang lain.Dalam hal ini tidaklah Saad dianggap menderhakai ayahnya.

Saad menjawab, "Allah mewajibkan aku berjihad dan Rasulullah memanggilku untuk berangkat berperang. Sedangkan engkau meminta sesuatu yang lain padaku, sehingga bagaimana engkau rela melihat aku taat
padamu tetapi aku menentang Allah dan Rasulullah."

Bagaimana pula dengan kita. Adakah kita mahu menjadi seperti Seman ataupun Dolah. Atau lebih tepat lagi mencontohi Saad.jika ditanya kepada anak muda zaman sekarang, tentu mereka memilih untuk menjadi seperti Seman yang kononnya ingin menjadi anak yang taat tetapi membiarkan ayahnya yang telah tua pergi berperang.Hanya yang benar-benar memiliki iman yang teguh akan memilih untuk menjadi seperti Dolah mahupun Saad. Terpulanglah pada diri samaada ingin terus mencipta keseronokan dunia atau mencari keredhaan Ilahi. Wallahu’alam.

Saturday, May 8, 2010

SELAMAT HARI IBU,EMAK!!!



H appy Mother's Day to my dear Mum,
A uthor of my personality:
P leased, I hope, with what you read in me;
P leased, I hope, with episodes to come.
Y et now I, too, would get some pleasure from
M aking you the book in which I see,
O f all the players in my family,
T he central character, whom I would plumb.
H ow beautiful to move in that direction!
E ach to each a separate source of pleasure,
R eading in the other's happiness,
' Mid much description, underlying love.
S o would we deepen the connection,
D iscovering new passages to treasure
A s we follow time towards tenderness,
Y earning for what years unread will prove.

 pengorbanan seorang ibu




Jasa Bonda (warisan)

Di saat kau lena dia berjaga
Kau bersenang dia bekerja
Untuk mu tiada terbatas
Memberi tidak minta dibalas
Ingin dibinanya untuk mu
Kehidupan yang sempurna
Punya kekuatan jiwa
Punyai maruah

( 1 )
Leterannya dari rasa luhur
Menegur sebelum terlanjur
Itulah yang diwarisi
Pesan ibu terpahat di hati
Beringat-ingatlah berpesan pesan
Untuk kebaikan
Marah bukan kebencian
Tapi tanda sayang

( 2 )
Engkau semakin dewasa
Berjiwa merdeka
Sedang dia semakin tua
Membilang usia
Di saat kau berjaya
Dia tiada berdaya
Semoga kau tak lupa
Jasa bonda

Saturday, April 24, 2010

BERUNTUNGNYA KAK SYAMIMI!!!!



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. .. Ya Allah..lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yg amat berharga dari seorang insan yg dipilih Allah utk berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos 2006. Nama yg dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud 'kesayanganku' , jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah2an suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik. Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya. 

Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri utk memenuhi harapan ibu ayah yang mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini utk menjadi contoh kpd adik2 yg lain. Setiap hari beliau hafal 2 muka surat Al-Quran dan tasmi' dgn ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ini. Akak ni memang diuji dengan sakit yg tak tahu apa punca sejak lebih setahun yg lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sakit di bahagian lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya. 
Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu' 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu' itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari. Hari2 yang dilaluinya dipenuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yg terus2an menyakiti diri. Diceritakan makhluk2 halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di merata tempat, berjumpa doktor2 pakar, malah ulama' yg faqih dalam ilmu perubatan islam serta akhir sekali bertemu sorang lecturer di sini. Tapi beliau hanya mampu bertahan. Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah. 
Pagi Khamis itu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab sudah terlalu lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira2 jam 4.30 pagi utk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yg digagahkan, beliau ke bilik air utk berwudhu' dgn memapah dinding dan segala apa yg mampu membantu beliau untuk berdiri. Habis berwudhu', beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yg menolak keras dari belakang. Tika itu beliau sudah tidak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik, beliau ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut. 
Disebabkan sakit yg mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan, "Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd Rasulullah s.a.w. sendiri.." Kemudian beliau pengsan. Sahabat2 sebilik mengangkat beliau ke dalam biliknya dan di baringkan di sana . Waktu itu, sahabat2nya telah pun 'forward message' pd rakan2 yg lain agar dibacakan surah Yasin kerana beliau nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia dgn nombor2 ahli keluarganya utk dihubungi kiranya ada apa2 berlaku dengan izin Allah. Kira2 jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dgn tenang dalam waktu qoilullah, beliau bermimpi. 
Beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dgn tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya. Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dgn wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira2 2 meter dari beliau. Wajahnya SubhanaLlah. .indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau tertanya2, siapakah orang ini? cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh kesengsaraan yg ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja. Kemudian, Hamba Allah itu mengatakan, "Assalamu'alaikum, ana Rasulullah.. " Subhanallah. .baginda Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain serban berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan "Enti fil masjidi" (kamu sekarang berada di masjidku, Masjid Nabawi).. 
Allahuakbar! Kemudian Baginda Nabi s.a.w. berkata: QalAllahuta' ala; "InnaAllahama' assobirin" (sesungguhnya Allah bersama orang2 yg sabar). Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan diciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl arab, tp diterjemahkan di sini) ; "Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti pelihara di dlm hati, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak ana.." Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya "Ya Allah..Baginda kenal ummatnya!". Ya Rasulullah.. . Ketika itu, beliau dapat merasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya. Kemudian Nabi katakan lagi; "Sampaikan salamku buat sahabat2 seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti.." Nabi s.a.w. kemudian melafazkan;"Ummati.. ummati..ummati. .." dan beliau nampak jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa titisan airmata Baginda yg suci mengalir utk ummat Baginda! Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi. 
Beliau merintih, "Jangan pergi Ya Rasulullah.. " tetapi Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi yg mulia, Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak pasti, apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau mungkin saja baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini? wallahua'lam. .. Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya itu, beliau masih dikelilingi oleh rakan2 yg turut terdengar rintihan beliau dalam tidurnya "Jangan pergi Ya Rasululah... " Beliau kemudian menceritakan kpd para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah buat ummat Baginda. Semua yg mendengar menangis lantaran rindu pada Nabi. Rasa malu pada Nabi krn kita jarang2 ingat pada Baginda sedangkan kita amat terhutang budi padanya. Lebih2 lagi kita sedar bahawa hanya syafaat Bagindalah yg dikejar di akhirat kelak. 
Ya Allah..ketika itu, tiada kata yg lebih tinggi drpd kalimah Alhamdulillah utk di rafa'kan pada Allah atas ni'mat yg begitu besar yg Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dgn ujian yg hanya sedikit berbanding insan2 yg lebih berat diuji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yg lebih tinggi dr Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yg melimpah ruah. Rasa sakit masih menular di tubuhnya. Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi utk kesakitan ini. Usai solat Zuhur, rasa sakit yg ditanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru. 
Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau pujuk diri utk tidak menangis."Apa sangatlah sakit yg aku tanggung ini berbanding nikmat yg Allah telah bagi utk melihat Baginda Nabi s.a.w.."Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi, tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan "Ya Allah, apa lagi yg hendak Engkau berikan buat hambamu yg hina ni, rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah..." Kemudian dgn izin Allah, datang empat orang yg berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya mengatakan; "Assalamu'alaikum Ya Syamimi..Rasulullah s.a.w. sampaikan salam buatmu. Kami utusan Rasululah..Nahnu khulafa' ar-rasyidin. Ana Abu Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin 'affan dan Ali.." Subhanallah. .Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga2 sahabat yg mulia. Beliau nampak sendiri, Saidina Abu Bakr yg amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dgn wajah tegasnya, Saidina Uthman yg cantik sekali dan Saidina 'Ali yg agak kecil orangnya. Para Sahabat mengatakan; "Kami diutuskan oleh baginda Nabi utk membantu enti.." Kemudian keempat2 mereka membacakan ayat 102 surah Al-Baqarah yg bermaksud: "Dan mereka mengikuti apa yg dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut.

Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan 'sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir.' Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu) apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) denagn isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu.." Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk2 yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar. 
Subhanallah. .waktu itu terus terasa seolah2 tubuhnya yg sakit dahulu ditukarkan Allah s.w.t. dgn tubuh yg baru. Hilang segala kesakitan yg setahun lebih ditanggung beliau dgn sabar. Saidina Abu Bakr mengatakan; "Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar.." Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi meninggalkannya. Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dr tidur dan terus duduk. Rakan2 sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dgn mudah . Kemudian sahabat2nya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan alhamduliLlah. .dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar bilik. "Ya Allah, penyakit ana dah sembuh.." 
Semua sahabat yang ada di situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu'. Dengan tubuh yang 'baru', beliau sujud syukur pada Allah s.w.t. "Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat diriku menjadi hamba-Mu yg bersyukur atas nikmat yg telah Engkau berikan.." Beliau berpesan pada kami; "Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang diberi rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengannya. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tapi menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti diteruskan.
Sekarang ini hati akak tenang sangat..kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik2 dapat merasakan betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan , mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan, tak rugi kita bersabar..." Keperibadiannya indah. Cerminan al-Quran katanya 'Aisyah ra. Dari semua aspek kehidupan, diperagakannya hanyalah kesyumulan. Allah mengajar manusia berkehidupan di muka bumi ini melalui baginda. Menuruti sunnahnya adalah pahala. Kasih sayangnya tiada bertepi, dari yang kecil hingga yang tua, dari hamba hingga ke bangsawan, dari dulu sampai sekarang, hingga ke akhirnya.. Dialah peribadi unggul sepanjang zaman. Mencintainya suatu kemuliaan...
Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul didalam satu majlis bersama para sahabat. 
Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat gelisah melihat sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah saw. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, baginda mengatakan bahawa terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah saw, "Bukankah kami ini ikhwanmu?" Rasulullah menjawab, "Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku. .. Aku sangat rindu bertemu dengan mereka.." 
Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat- Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya (al-Ahzab:56) 
(kisah ini dinukilkan oleh sahabat Syamimi hasil pengalaman benar yang telah dilalui..pernah disebarkan melalui e-mel & blog sebelum ini..) sesungguhnya, ana sangat bersyukur kerana dilahirkan didunia ini sbgai ummat nabi Muhammad S.A.W... banyakkan lah berselawat dan mendengar zikir..insyaAllah kita semua akan mendapt syafaatnya di Akhirat kelak..wallahu' alam..(*_ *)



sumber:remajamasjid@yahoogroup)

P/S:semoga menjadi panduan dan iktibar buat diri