Tuesday, March 29, 2011

OH MY صديق


Menghitung hari- hari terakhir bersama teman seperjuangan yang sentiasa bersama tak kira senang mahupun susah. Sememangnya adat bertemu pasti kan berpisah. Yang hidup  pasti kan mati.

Hampir  4 tahun. Bukanlah satu tempoh yang singkat mahupun tempoh yang lama dalam mengenali hati budi seseorang.  Tetapi tempoh ini sudah cukup untuk kita mengenali siapa sahabat kita dari sisi pandangan kita dan siapa kita dari sisi pandangan sahabat kita. Pelbagai kerenah. Pelbagai ragam.
 
 Sudah baikkah kita sebagai seorang sahabat terhadap sahabat kita yang lain ?Sudah elokkah budi pekerti dan akhlak kita terhadap sahabat kita? Ikhlaskah kita dalam bersahabat dengan mereka semua?

“ kita tidak perlu mencari seorang manusia yang sempurna untuk dijadikan teman, tetapi cukuplah mempunyai seorang teman yang menjadikan kita sempurna apabila bersamanya”.

Alhamdulillah kita masih diberikan peluang untuk mengenali sahabat- sahabat kita. Hargailah sahabat- sahabat yang kita ada. Jagalah hati mereka sedaya upaya yang kita mampu kerana setiap insan bernama sahabat  yang kita miliki tidak dapat dinilai hatta dengan wang jutaan ringgit.



Malam Siang Berlalu
Gerhana Kesayuan
Tiada Berkesudahan
Detik Masa Berlalu
Tiada Berhenti Oh Syahdunya

Sejenak Kuterkenang
Hakikat Perjuangan
Penuh Onak Dan Cabaran
Bersama Teman-Teman
Harungi Kehidupan Oh Indahnya

Berat Rasanya Di Dalam Jiwa
Untuk Melangkah Meninggalkan Semua
Kasih Dan Cinta Yang Terbina
Ia Akan Selamanya

Selamat Berjuang Sahabatku
Semoga Allah Berkatimu
Kenangan Indah Bersamamu
Takkan Ku Biar Ia Berlalu
Berjuanglah Hingga Ke Akhirnya
Dan Ingatlah Semua Ikrar Kita

Hati Ini Sayu Mengenangkan
Sengsara Di Dalam Perjuangan
Jiwa Ku Merana Dan Meronta Mengharapkan
Kedamaian Dan Jua Ketenangan

Tetapi Ku Akur Pada Hakikat
Suka Dan Duka Dalam Perjuangan
Perlu Ketabahan Dan Kekuatan


Friday, March 18, 2011

1+1=3 bukannya 2





SINERGI? Ada apa dengan sinergi? Jika diamati perkataan ini kalau diaplikasikan dalam penggunaan ubat..akan membawa kepada satu persamaan : 1+1=3.

Tindakan bersama dua ubat  akan menghasilkan tindakan pa­duan yg lebih berkesan daripada  tindakan ubat tersebut secara berasingan. Bukan sahaja dua tapi tiga kali ganda hebatnya.

Kalau perkataan ini diaplikasikan dalam ukhuwah, agaknya macammana?. 

SINERGI. Konsep ukhuwah yang dibina atas dasar iman.1+1=3. 1 adalah individu. + adalah iman.

Di dalam 3 terdapat 2 yang biasa dan 1 yang luar biasa. Hasil daripada hubungan 2 individu yang berteraskan keimanan pada Allah .S.W.T. akan menghasilkan sesuatu yang luar biasa (sikap, gerak kerja dll)

 Terkesan dengan kata- kata Irfan dalam novel ini.

“kalau kau terjun ke neraka, aku akan tarik kau naik semula. Berpimpin dengan kau menuju ke Syurga”

Agak-agaknya berapa ramai diantara kita yang sanggup mengungkapkan perkataan sedemikian kepada sahabat kita jika kita tersedar dia semakin tersasar jauh dari landasan yang benar?. Rata-rata kita pada hari ini, lebih gemar menjauhkan diri dan memaki daripada menyelami isi hati sahabat kita.

Terlalu banyak pengajaran yang boleh dipelajari daripada novel “SINERGI” ini. Kredit kepada Hilal asyraf kerana menghasilkan cerita yang mengangkat tema ukhuwah atas dasar iman kepada Allah. S.W.T. Saya cadangkan sesiapa yang belum memiliki novel ini, segeralah memilikinya.

di persimpangan kehidupan, aku dipertemukan denganmu seorang sahabat yang membuatku mengenal erti kehidupan. Kadangkala ku terfikir betapa beruntungnya aku dipertemukan denganmu. Seorang teman yang padanya terdapat serpihan-serpihan semangat mujahadah yang membiaskan padaku untuk terus aku harungi liku-liku kehidupan yang penuh onak dan duri”