Saturday, November 27, 2010

FACEBOOK- Pergaulan Zaman Moden


“Dakwah cara dulu dah tak sesuai dah,budak-budak sekarang nak benda baru..”

“Mereka lain,kita bolehlah,kuno,tak ada Facebook,diorang lain,maju,so dakwah diorang pun patut lain..”

“Jangan samakan kita dengan mereka,mereka ganerasi baru yang memerlukan sesuatau yang baru…”

“Zaman mereka ada teknologi,zaman kita bercinta pakai surat,sembur minyak wangi,letak coki-coki,tapi zaman mereka private message di Facebook,hi,cantik gambar..”

“Saya menentang keras pada pendakwah yang masih menggunakan pendekatan sama yang lama ke atas anak muda sekarang..”

Ayat-ayat di atas seringkali kita dengar,samada dari mulut kawan kita atau mulut kita sendiri. Jika kita yang mengucapkannya,beristighfarlah kerana ayat-ayat di atas mungkin mendatangkan dosa dan azab Allah. Ayat-ayat di atas secara tidak lansung menghina Rasulullah,ayat-ayat di atas seolah-olah menafikan cara dakwah Rasulullah adalah cara yang paling baik dan kita seolah-olah ingin mencipta sesuatu yang baru,bid’ah,dolalah atau hasanah, Wallahua’lam.

Tak dinafikan teknologi mengubah zaman,kalau dulu zaman paleotik dikatakan tiada teknologi,bila mereka mula mencipta sesuatu dari batu,mereka diklasifikasikan sebagai mesolotik. Walaupun teknologi mereka berubah namun cara hidup mereka tetap sama,rutin harian lansung tidak berubah. Bangun dari tidur,keluar cari rezeki dan balik tidur. Biar hebat mana pun teknologi yang mereka reka,rutin harian tidak berubah cuma masa mereka melakukan kerja berubah menjadi cepat.

Begitu juga dengan teknologi sekarang,kalau dulu ramai yang menafikan nabi ke Palestin semasa isra’ mikraj sebagai satu penipuan kerana kuda yang paling laju pun mustahil untuk sampai ke Palestin dari Makkah dalam masa semalam tapi hari ini segalanya berubah. Saya yang berada di Jepun boleh berada di Hawai pada malam ini dan di Malaysia keesokannya. Masa manusia melakukan kerja disingkatkan dan kerja manusia dimudahkan,itulah hakikat teknologi.

Namun,adakah Islam berubah mengikut teknologi?

Adakah dengan terciptanya sabun detol,air tanah tidak diperlukan lagi dalam proses sertu kalau anda tersentuh air liur anjing?

Adakah dengan terciptanya babi bersih anda halal untuk makan babi?

Adakah dengan terciptanya makanan berperatus seperti megi 50% halal,50% daripada megi tersebut boleh dimakan?

Adakah dengan terciptanya Facebook,lelaki dan perempuan boleh berhubungan,berbalas komen dengan sesuka hati? Adakah itu tidak dipanggil pergaulan bebas?

Sahabat,biar hebat mana pun teknologi dicipta,Islam tidak akan berubah. Kalau dulu solat 5 waktu,sekarang pun solat 5 waktu. Kalau dulu babi haram,sekarang pun babi haram. Kalau dulu pergaulan bebas Rasulullah tegah,sekarang? Sama walaupun ia nampak sedikit kelaianan.

Facebook memang banyak kebaikan,tidak kurang juga keburukannya. Hari ini kita berbalas-balas komen dengan kawan berlawanan jantina kita tanpa rasa bersalah. Dulu bila berhadapan,kedua-dua malu untuk bersua muka,apatah lagi bergurau senda tapi bila di Facebook,benteng malu tiada lagi. Apa-apa status yang si dia tulis,kita tunggu dengan penuh sabar,bila komennya keluar kita komen dengan penuh ‘kiut’. Segala jenis emoticon ditambah supaya resepi mengorat menjadi.

Kalau tidak mengorat sekalipun,bukankah itu sudahpun digelar pergaulan bebas. Saya tegaskan sekali lagi,memang tiada bertepuk-tampar tapi berhubung secara berlebihan antara lelaki dan perempuan bukan mahram ditegah dalam Islam. Saya tak nafikan saya juga kadang-kadang terlebih tapi selepas membaca post dari salah seorang penulis Azzariyat di blognya,saya tertampar[saya lupa post yang mana tapi ini link blog beliau]. Jadi mulai hari ini,marilah kita cuba untuk meminimumkan perhubungan kita dengan bukan mahram kita di Facebook, kalau tidak perlu,jangan komen. Moga dengan kita menjaga hubungan kita dengan bukan mahram kita di hari ini,Allah menjaga hubungan kita dengan si dia selepas kita berkahwin dengannya.

sumber: azzariyat.com