Thursday, January 12, 2012

ANNYONGHASEYO!!!!


Pada zaman dahulu,diceritakan terdapat seorang raja yang sudah tua memerintah sebuah negeri. Baginda tidak mempunyai anak yang boleh menggantikan banginda. Hal ini, menyebabkan baganda berdukacita. Lantas baginda memutuskan untuk mengambil seorang anak angkat dalam kalangan rakyat sebagai waris baginda. 

Setelah mengambil masa beberapa hari berfikir, akhirnya baginda mendapat idea yang bagus  sekali.
Baginda telah memberikan benih pokok kepada semua kanak-kanak lelaki di dalam negerinya. Lalu, raja mengumumkan barangsiapa yang boleh menghasilkan bunga-bunga yang paling cantik daripada benih itu, maka dialah yang akan diangkat untuk menggantikan raja.

Kesemua kanak-kanak lelaki yang mendapat benih pokok telah berusaha menanamnya dengan sebaik mungkin. Salah seorang yang menanam benih itu bernama Yong Tu. Dia memelihara benih yang ditanam dengan penuh berhati-hati. Hari berganti hari. Bulan berganti bulan.

Yong Tu mendapati benih yang ditanam tidak juga bertunas. Dia bertanya kepada ibunya,

“Mengapa benih pokok yang saya tanam masih juga belum bertunas?”

“Cuba kamu tukarkan tanah yang lebih subur ke dalam pasu itu”,cadang ibunya.

Yong Tu mengikut saranan ibunya, tetapi benih itu tetap tidak bertunas juga.Tidak lama kemudian, hari pemilihan anak angkat pun tiba. Semua kanak-kanak lelaki tampil dengan pakaian terbaik mereka dengan membawa pasu berisi pokok yang sudah berbunga.. Masing-masing sungguh teruja untuk menjadi anak angkat raja.

Raja kelihatan tidak gembira apabila melihat satu demi satu kanak-kanak lelaki membawa pasu berisi pokok yang sudah berbunga. Sehingga raja melihat seorang kanak-kanak lelaki (Yong Tu) sedang menangis sambil memegang pasu yang kosong, barulah baginda tersenyum.

“Mengapa kamu membawa pasu yang tiada tanaman berbunga di dalamnya?, soal raja sambil mendekati Yong Tu.

Tangisan Yong Tu menjadi semakin kuat . Akhirnya dia menjawab,

“ Setiap hari saya menjaga benihnya dengan berhati-hati, tetapi benih ini tidak berbunga sama sekali”.

Raja tersenyum pada Yong Tu. Lalu, raja menggenggam tangannya dengan gembira dan mengumumkan dengan suara keras,

”Inilah anak angkatku!”

Kanak-kanak yang lain terkejut dan mereka bertanya,

”Mengapa Tuanku Raja memilih anak yang membawa pasu bunga tanpa bunga? Bukankah Tuanku menginginkan seorang anak yang boleh membawa bunga-bunga yang paling cantik?”

“Anak-anakku, aku telah memberi benih yang telah direbus kepada kamu semua. Seharusnya benih kalian tidak akan sama sekali boleh berbunga!”,jawab Raja.

Kanak-kanak lelaki yang lain menundukkan kepala mereka kerana malu. Rupa-rupanya, mereka telah menanam benih yang lain, ketika benih pemberian raja yang mereka tanam tidak bertunas.
Yong Tu lah satu-satunya kanak-kanak lelaki yang jujur,.Lantas, tidak hairanlah raja memilih dia.

Kisah ini merupakan sebahagain daripada cerita rakyat korea .( Bukannya tahu pasal K-pop je). Sesungguhnya manusia pada zaman ini, sanggup melakukan pelbagai penipuan untuk medapatkan harta, pangkat dan segala-segalanya di dunia ini. Jika ada yang bersifat jujur pun,boleh dibilang dengan jari, berapa kerat yang ada di atas ,muka bumi ini.

P/s: andai ada kejujuran pasti akan hadir keadilan.. tapi dunia ni masih ada ke keadilan?????

No comments:

Post a Comment