Tuesday, March 27, 2012

DUNIA ITU MADU


Bismillahirrahmanirrahim.

Semuanya akan ditinggalkan.Tiada satu pun bahagian dunia yang akan kita bawa ke sana.
Realiti dunia. Contoh yang diberikan oleh Imam Ghazali Rahimullah tentang dunia.

Seorang lelaki berjalan merentasi sebuah hutan. Sedang dia berjalan,dia terlihat seekor singa sedang berlari mengejarnya. Apalagi, dia lari dan terus lari. Akhirnya dia tiba di sebuah telaga .Dia mengambil keputusan untuk terjun ke dalam telaga. Dia berjaya berpaut pada tali yang terdapat  di dalam telaga berkenaan.

Dia menarik nafas lega dan melihat ke atas. Dia nampak singa yang sedang menanti. Di melihat ke dasar telaga dan ternampak olehnya  akan seekor ular yang besar dengan mulut terbuka luas menantikannya jatuh. Dan bantuan yang ada pada ketika itu, hanyalah seutas tali yang berjaya dipautnya.Setelah beberapa ketika, dia ternampak seekor tikus putih dan tikus hitam sedang menggit tali yang dia paut.

Atas ada singa, bawah ada ular dan bantuan yang ada hanyalah tali dan kini tali itu sedang diputuskan sedikit demi sedikit oleh dua ekor tikus.

Tiba-tiba, dia terlihat ada sarang lebah dihadapannya. Dia meletakkan jarinya pada madu lebah tersebut lantas memasukkannya ke dalam mulut. Terasa kemanisannya. Kemanisan madu lebah menyebabkan dia melupakan sementara sang singa, ular dan dua ekor tikus itu.

Imam Ghazali Rahimullah berkata,singa adalah kematian yang mana selalu mengejar kita. Ular itu adalah kubur kita yang mana setiap orang pasti akan ' jatuh' ke dalamnya. Jika orang itu baik, maka kuburnya akan menjadi salah satu daripada taman syurga.Jika orang itu jahat,maka kuburnya akan menjadi salah satu daripada lubang neraka.

Tali merupakan kehidupan kita. Manakala tikus putih dan hitam mewakili waktu  siang dan malam. Mereka akan selalu  'menggigit' kehidupan kita. Madu pula merupakan dunia. Seorang manusia merasakan kemanisan dunia lalu dia melupakan kematiannya. Dia melupakan kuburnya. Dia melupakan hari dimana dia akan mati dan bertemu dengan penciptanya.

Inilah realiti dunia.

p/s: ayat diolah semula berbantukan syarahan yang disampaikan oleh Sheik Zahir Mahmood - Don't let the duniya deceive you sumber

3 comments:

  1. salam super sahabat,
    tetap semangat dan sukses selalu ya
    ditunggu kunjungan baliknya :)

    ReplyDelete
  2. salam super sahabat,
    tetap semangat dan sukses selalu ya
    ditunggu kunjungan baliknya :)

    ReplyDelete
  3. nice day :)
    hargailah hari kemaren,
    mimpikanlah hari esok,
    tetapi hiduplah untuk hari ini.
    bagi-bagi motivasinya yaah...

    ReplyDelete