Wednesday, April 7, 2010

Pandangan seorang insan


Pada suatu hari terjadi suatu peristiwa yg amat memberi kesan kepada dirinya.......

Di tepi sungai Dajlah, Hassan al-Basri melihat seorang pemuda duduk berdua-duaan dengan seorang wanita dan disamping mereka ada sebotol arak. Hassan berkata “Alangkah jahatnya orang itu dan alangkah baiknya kalau dia seperti aku”

Hendak  dijadikan cerita,tiba2 beliau terlihat sebuah perahu di tengah sungai perlahan-lahan tenggelam. Pemuda yang duduk di tepi sungai tadi segera terjun untuk menolong penumpang2 perahu yg hampir kelemasan. Dia berhasil menyelamatkan enam daripaad tujuh penumpang perahu itu, kemudian dia berpaling ke arah Hassan al-Basri seraya berkata “jika engkau memang lebih mulia daripada ku, maka dengana nama Allah,selamatkanlah lagi seorang penumpang yang belum sempat aku selamatkan”

Namun Hassan al-Basri tidak berhasil menyelamatkan seorang penumpang itu. Maka pemuda itu berkata kepadanya “Tuan, sebenarnya wanita yang duduk di sebelah aku itu adalah ibuku sendiri, sedangkan botol itu hanya mengandungi air biasa dan bukannya arak sperti yang tuan fikirkan. Ini hanya untuk menguji tuan sahaja”

Hassan al-Basri terpegun dengan kata-kata pemuda tersebut, lalu beliau berkata “kalau begitu sebagaimana engkau telah berjaya menyelamatkan penumpang2 perahu tersebut daripada bahaya tenggelam ke dalam sungai, maka selamatkanalah aku daripada tenggelam dalam bahaya kebanggaan dan kesombongan. Orang itu menjawab “mudah-mudahan Allah akan mengabulkan doa tuan”

Semenjak hari itu, Hassan al-Basri selalu merendah diri dan menganggap dirinya sebagai makhluk yang paling hina. Antara pengajaran yg boleh kita semua ambil daripada kisah ini adalah:

Jangan berburuk sangka terhadap orang lain serta memandang rendah padanya. Apabila kita melihat orang lain berbuat maksiat kepada Allah, jangan kita menghina orang itu (dan jangan pula kita redha dengan perbuatannya). Kerana mungkin orang itu, jahil tentang perbuatannya itu. Sebaliknya kita perlu malu pada diri kita sendiri yang telah Allah kurniakan ilmu tapi masih juga lakukan perkara2 yang Allah larang

 Dua perkara yang patut kita ingat tentang diri kita adalah “perbuatan baik orang pada diri kita dan perbuatan jahat kita pada orang”

 Dua perkara yang patut kita lupakan tentang diri kita adalah “kejahatan orang lain terhadap diri kita dan kebaikan kita terhadap orang lain”

Kalau diteliti apa yang berlaku pada masyarakat akhir zaman ini adalah sebaliknya. Perkara kebaikan yang diberikan kepada oranag lain dan kejahatan orang lain pada dirinya adalah sangat2 diingati. Sehingga menimbulkan perasaan takbur, riya’ mahupun dendam dan hasad dengki. Itu yang sampai sanggup pergi berjumpa dengan bomoh untuk mengenakan pihak yang berbuat jahat kepadanya. Dan apabila dia berbuat kebaikan,dia akan berusaha untuk menghebohkan kebaikan yang telah dibuat samada secara langsung atau tidak langsung.

Begitu juga dengan perkara yang sangat2 dilupakan adalah kejahatan diri kepada orang lain dan kebaikan orang lain kepadanya. Hal inilah yang menyebabkan banyak pihak yang akan berkecil hatidan tersinggung di sebabkan adanya sikap tersebut pada seseorang dan tidak kurang juga akan timbulnya pergaduhan dan permusuhan.

Firman Allah S.W.T, yamg bermaksud:
“ Sesungguhnya orang2 yang percaya kepada keterangan Kami, ialah orang yang apabila dibaca ayat-ayat itu kepada mereka, mereka sujud dan bertasbih kepada Tuhan dan mereka tidak menyombongkan diri. Mereka meninggalkan tempat tidurnya dan menyeru Tuhannya dengan perasaan penuh kecemasan dan pengharapan dan mereka membelanjakan (dijalan kebaikan)s ebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada mereka”
(AS-SAJADAH, ayat 15-16)

p/s kakak: bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya~ LUQMANUL HAKIM

1 comment:

  1. salam.. i like this article...menyedarkan diri sendiri yg leka dan alpa...manusia ini diciptakanNYA dgn pelbagai jenis kefahaman dan kebijaksanaan...:)

    ReplyDelete