Wednesday, March 31, 2010

PUTUS SUDAH KASIH SAYANG


 Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang
Alhamdulillah, aku masih diberi nafas untuk menjalani kehidupan ini lagi. Betapa bersyukurnya aku masih dikurniakn seorang ibu . Betapa bersyukurnya aku berpeluang bergelar seorang anak .
“Mak, bila along dah sihat nanti, along janji akan tolong mak”
“Ye la , along, mak akan  sentiasa doakan kau, supaya kau cepat sembuh”
Kata-kata di atas adalah diantara seorang ibu dan seorang anak yang menderita penyakit berkaitan keradangan usus. Si anak, tidak berupaya untuk bergerak. Maka, si ibu dengan penuh kasih sayang memapah anaknya ke mana sahaja si anak ingin pergi. Si anak hanya boleh makan makanan yang dilecek sahaja. Maka, dengan penuh kasih sayang jualah si ibu menyediakan makanan yang khusus untuk anaknya.
Paling menyentuh hati dan bisa membuatkan air mata menitis ,tatkala mendengar pengakuan si nenek yang menyatakan si ibu hanya tidur di atas simen hospital tatkala menemani si anak yang akan  menjalani pembedahan di hospital sehingga si ibu diserang sakit jantung.
Bayangkan jika diri anda berada   di dalam situasi tersebut. Mungkin tak tercapai  dek akalmu kerana kita semua belum atau tidak ditakdirkan menghadapi situasi tersebut.  Bagi si ibu, anak itu adalah amanah yang tidak perlu dipersiakan, kerana itu walaubagaimana sekalipun keadaan si anak yang menderita kesakitan, si ibu pasti akan merawatnya dengan penuh kasih sayang. Bagi si anak, walaupun dia mengetahui dirinya tidak berupaya, tetap saja si anak berjanji untuk membantu si ibu.
Berbeza dengan masyarakat sekarang, yang rata-ratanya sanggup menghantar orang tuanya ke rumah orang2 tua.  Tak kurang juga masih ada tanggang moden di  zaman teknologi yang serba cangggih ini.Begitu juga, ada yang sanggup membuang dan membunuh bayi yang telah dilahirkan daripada rahim mereka sendiri. Siapakah yang patut dipersalahkan? Mereka? Keluarga mereka? Atau masyarakat keseluruhannya?
Mungkin anda ada jawapnnya.Pelik bila mana tiada rasa kasih terhadap insan yang pernah melahirkan serta membesarkan kita dengan penuh pengorbanan. Pelik bilamana tiada rasa sayang  atau belas kasihan terhadap anak yang dilahirkan. Manusia selalu berkata “sedangkan haiwan pun sayangkan anaknya” .Teruknya perbuatan masyarakat sehingga dibandingkan dengan haiwan yang tidak berakal.
Inilah akibatnya bilamana hidup ini hilangnya nilai kasih  dan sayang.Inilah akibatnya bilamana hidup ini hanya ingin mencipta keseronokan dunia.Inilah akibatnya bilamana kematian dilupakan.Paling penting, inilah akibatnya bilamana agama diketepikan.

p/s kakak: buat mereka yang bergelar anak, cintailah ibu anda & buat anda yang bergelar ibu hargailah anak anda


2 comments:

  1. Salam ukhti..
    Syukran atas artikel y menarik..

    "Dan tuhanmu telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah selain DIA dan hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali jangan engkau menyatakan kepada keduanya perkataan 'ah' dan janganlah engkau membentak keduanya, dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang baik. Dan rendahkan lah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah "Wahai Tuhanku! sayangilah keduanya sebagai mana mereka berdua telah mendidik aku semasa kecil."
    (Al-Israa' 23 - 24)

    Semoga pengorbanan mereka meraih mereka dekat di sisi ALLAH di akhirat kelak..

    Saidina Ali ra pernah berpesan:

    “Hendaklah kamu bermain dengan anak kamu pada 7 tahun yang pertama, kemudian pada 7 tahun yang kedua hendaklah kamu mendidik anak kamu, kemudian pada 7 tahun yang ketiga hendaklah kamu bersahabat dengan anak kamu, selepas itu barulah kamu biarkan anak kamu”

    Semoga bakal ibu2 dan bapa2 atau y telah bergelar ibu dan bapa dpt mendidik anak2 mengikut tarbiyah islam..

    Ajarkan mereka tentang Allah, ajarkan mereka Quran, biasakan mereka dengan solat, tutup aurat dan adab. Ajarkan mereka tentang dosa pahala. Moga-moga mereka dicelup dengan celupan sebenar yang digariskan oleh ALLAH..

    ReplyDelete
  2. salam..kita sebagai manusia memang sering alpa, leka dengan setiap amanh yg Allah pertanggungjawabkan..semoga, semasa masih bergelar anak, kita dapat menjadi anak yg soleh dan solehah..

    "keredhaan Allah terletak pada keredhaan kedua ibu bapa kita"

    ReplyDelete