Sunday, March 28, 2010

Kemana hilangnya "PEREMPUAN ISLAM ITU"?????


Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang

Mana perginya “perempuan islam itu”? Sudah puas aku mencarinya.Kehilangannya kusedari semasa aku dan “perempuan islam itu” berada di dalam dewan makan untuk meraikan satu majlis makan malam. Setelah kehilangannya kusedari, aku terus menjelajah dewan makan untuk mencari “perempuan islam itu”.Aku hampir putus asa untuk mencari “perempuan islam itu”. Kemanakah perginya dia? Tolonglah aku mencari “perempuan islam itu”.
Aku mencari “perempuan islam itu” yang sentiasa menjaga batas-batas pergaulannya dengan lelaki yang bukan mahram baginya (AJNABI).Tetapi yang kutemui hanyalah perempuan yang suka bergurau senda dan  bertepuk tampar dengan lelaki tanpa ada rasa malu dan segan.
Aku mencari “perempuan islam itu” yang sentiasa menjaga auratnya dengan memakai pakaian yang selari dengan syariat islam. Tetapi yang ku temui hanyalah beberapa perempuan yang berpakaian tidak mengikut syariat islam .
Ada yang memakai pakaian yang dibuat daripada kain yang jarang, yang boleh membayangkan susuk badan daripada sebelah dalam pakaian tersebut. Ada yang memakai tudung tapi berbaju ketat mengikut bentuk badan. 
Aku mencari “perempuan islam itu”yang apabila berjalan dan bercakap  penuh denagn hormat, sopan dan tegas serta mengelakkan diri daripada menunjukkan wajahnya persis seorang penggoda. Tetapi  yang kutemui hanyalah perempuan yang berbicara dengan lembut  dan manja (semasa bercakap dengan lelaki yang bukan mahram baginya) serta apabila berjalan,dia menghentakkan kakinya untuk menarik perhatian lelaki AJNABI.
Aku rasa berputus asa sekali lagi kerana “perempuan islam itu” belum kutemui. Adakah kalian tidak sudi membantuku menjejaki dia? Adakah perempuan islam seperti yang ingin kujejaki sudah tidak wujud lagi di bumi ini yang akan musnah suatu saat nanti? Adakah perempuan yang kutemui sepanjang penjelajahanku tidak mahu berubah menjadi “perempuan islam itu”? Sampai bila ingin jadi seperti itu? Tidak rindukah mereka untuk bertemu dengan Allah? Apakah yang boleh menjamin mereka untuk menikmati syurga Allah setelah melanggar perintahNya? Tidak terfikirkah mereka, suatu saat nanti mereka akan kembali pada Allah dengan hanya bebekalkan kain putih dan amal yang tidak seberapa?
Kembalilah kepangkuan iman & islam wahai perempuan yang kutemui sepanjang penjelajahanku. Kembalilah...kerana aku amat merindui “perempuan islam itu”.          

p/s kakak:jadilah sebaik-baik manusia, jangan kau jadi sejahat-jahat manusia

2 comments:

  1. sangat bagus... tegurku jika ku alpa dengan keseronokan dunia... tarikku sebelum ku terjatuh kedalam gaung yang dalam dan gelap...

    ReplyDelete
  2. begitu juga dengan diriku..tegurku sebelum aku melakukan sesuatu yg bisa menyakitkan hati semua orang yg berada disekelilingku

    ReplyDelete