Tuesday, February 23, 2010

BIARKAN!!!!!





biarkan kepahitan itu pergi, agar kemanisan itu mengisi
biarkan kekecewaan itu berlalu, agar kegembiraan mewarnai
biarkan kegelisahan lenyap, jangan kita hilang semangat
biarkan penderitaan itu menyapa,agar kekuatan kita dijana semula
biarkan diri ini derita, agar kau tahu betapa pahitnya derita itu
agar kau sedar kesengsaraan itu, tidak sama bahkanhanyalah secebis dari penderitaan Rasulullah S.A.W

Allah tidak sesekali menzalimi hambaNya
tapi manusia sendiri yang berlaku zalim
cahaya, kelam,pahala & dosa,kau berupaya memilihnya
walau kadangkala tersasar lantaran ajakan nafsu
namun peluang dariNya sentiasa ada
namun kasih sayangNya sentiasa memayungi

diturunkan ad-din menghiasi akal
dianugerahkan akal menghalusi akhlak
dikurniakan akhlak mencantikkan pekerti
menjadi sebaik-baik ummat
("sesungguhnya Kami menciptakan manusia itu dengan sebaik-baik kejadian";at-Tin,ayat 4)
tunduk sebagai hamba, berjalan sebagai khalifah
menyusuri gerbang kehidupan, mencari sebutir permata iman
buat menyemai pohonan taqwa
agar dapat berteduh dari kepanasan nafsu
agar dapat berlindung dari angin hasutan syaitan
dalam mencari keredhaan Allah S.W.T


p/s kakak: katakan tidak pada "wahan"~cintakan keduniaan, takutkan kematian.

2 comments:

  1. Salam ziarah zahirah..
    syukran atas peringatan dan nasihat..

    Andai cinta dunia y ku dambakan, sudah lama aku tiada di sini, di jalan perjuangan ini..
    Andai cinta dunia y ku impikan, aku mungkin tidak akan bertemu dgn mu,
    Andai cinta dunia y ku banggakan, sudah lamaku berada di dunia y lain, berbeza dgn mu..

    Namun, yang ku dambakan adalah cinta akhirat untk ke syurga DIA y kekal abadi..
    Mencari DIA..
    Cinta ku hanya untuk DIA, hanyalah untuk Allah..

    "Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku adalah kerana Allah, untuk Allah dan kepunyaan Allah"

    Bimbing aku sahabat..

    ReplyDelete
  2. salam..insyaAllah sama2 lahkita saling ingat mengingati

    ReplyDelete