Tuesday, March 29, 2011

OH MY صديق


Menghitung hari- hari terakhir bersama teman seperjuangan yang sentiasa bersama tak kira senang mahupun susah. Sememangnya adat bertemu pasti kan berpisah. Yang hidup  pasti kan mati.

Hampir  4 tahun. Bukanlah satu tempoh yang singkat mahupun tempoh yang lama dalam mengenali hati budi seseorang.  Tetapi tempoh ini sudah cukup untuk kita mengenali siapa sahabat kita dari sisi pandangan kita dan siapa kita dari sisi pandangan sahabat kita. Pelbagai kerenah. Pelbagai ragam.
 
 Sudah baikkah kita sebagai seorang sahabat terhadap sahabat kita yang lain ?Sudah elokkah budi pekerti dan akhlak kita terhadap sahabat kita? Ikhlaskah kita dalam bersahabat dengan mereka semua?

“ kita tidak perlu mencari seorang manusia yang sempurna untuk dijadikan teman, tetapi cukuplah mempunyai seorang teman yang menjadikan kita sempurna apabila bersamanya”.

Alhamdulillah kita masih diberikan peluang untuk mengenali sahabat- sahabat kita. Hargailah sahabat- sahabat yang kita ada. Jagalah hati mereka sedaya upaya yang kita mampu kerana setiap insan bernama sahabat  yang kita miliki tidak dapat dinilai hatta dengan wang jutaan ringgit.



Malam Siang Berlalu
Gerhana Kesayuan
Tiada Berkesudahan
Detik Masa Berlalu
Tiada Berhenti Oh Syahdunya

Sejenak Kuterkenang
Hakikat Perjuangan
Penuh Onak Dan Cabaran
Bersama Teman-Teman
Harungi Kehidupan Oh Indahnya

Berat Rasanya Di Dalam Jiwa
Untuk Melangkah Meninggalkan Semua
Kasih Dan Cinta Yang Terbina
Ia Akan Selamanya

Selamat Berjuang Sahabatku
Semoga Allah Berkatimu
Kenangan Indah Bersamamu
Takkan Ku Biar Ia Berlalu
Berjuanglah Hingga Ke Akhirnya
Dan Ingatlah Semua Ikrar Kita

Hati Ini Sayu Mengenangkan
Sengsara Di Dalam Perjuangan
Jiwa Ku Merana Dan Meronta Mengharapkan
Kedamaian Dan Jua Ketenangan

Tetapi Ku Akur Pada Hakikat
Suka Dan Duka Dalam Perjuangan
Perlu Ketabahan Dan Kekuatan


2 comments:

  1. salam...huu sedihnya...:(..indah sebenarnya bila kita mengenali ragam dan tabiat shbt2 ni.....semoga ukhwah yg dibina hanya keranaNYA kekal selamanya..



    p/s:kata nk bg baldi td :)

    ReplyDelete
  2. salam...betul tu, kalau pun diizinkan oleh Allah untuk bertemu dengan sahabat baru, pastinya tidak akan sama..need to build the trust from the beginning..syukran sahabat kerana mengizinkan diri untuk terus bergelar sahabat..saya sayang awak!!

    ReplyDelete