Friday, March 18, 2011

1+1=3 bukannya 2





SINERGI? Ada apa dengan sinergi? Jika diamati perkataan ini kalau diaplikasikan dalam penggunaan ubat..akan membawa kepada satu persamaan : 1+1=3.

Tindakan bersama dua ubat  akan menghasilkan tindakan pa­duan yg lebih berkesan daripada  tindakan ubat tersebut secara berasingan. Bukan sahaja dua tapi tiga kali ganda hebatnya.

Kalau perkataan ini diaplikasikan dalam ukhuwah, agaknya macammana?. 

SINERGI. Konsep ukhuwah yang dibina atas dasar iman.1+1=3. 1 adalah individu. + adalah iman.

Di dalam 3 terdapat 2 yang biasa dan 1 yang luar biasa. Hasil daripada hubungan 2 individu yang berteraskan keimanan pada Allah .S.W.T. akan menghasilkan sesuatu yang luar biasa (sikap, gerak kerja dll)

 Terkesan dengan kata- kata Irfan dalam novel ini.

“kalau kau terjun ke neraka, aku akan tarik kau naik semula. Berpimpin dengan kau menuju ke Syurga”

Agak-agaknya berapa ramai diantara kita yang sanggup mengungkapkan perkataan sedemikian kepada sahabat kita jika kita tersedar dia semakin tersasar jauh dari landasan yang benar?. Rata-rata kita pada hari ini, lebih gemar menjauhkan diri dan memaki daripada menyelami isi hati sahabat kita.

Terlalu banyak pengajaran yang boleh dipelajari daripada novel “SINERGI” ini. Kredit kepada Hilal asyraf kerana menghasilkan cerita yang mengangkat tema ukhuwah atas dasar iman kepada Allah. S.W.T. Saya cadangkan sesiapa yang belum memiliki novel ini, segeralah memilikinya.

di persimpangan kehidupan, aku dipertemukan denganmu seorang sahabat yang membuatku mengenal erti kehidupan. Kadangkala ku terfikir betapa beruntungnya aku dipertemukan denganmu. Seorang teman yang padanya terdapat serpihan-serpihan semangat mujahadah yang membiaskan padaku untuk terus aku harungi liku-liku kehidupan yang penuh onak dan duri”

2 comments:

  1. macam best ja.....nak pinjam..=)

    sukar utk mencari shbt yg mengingatkan kita kpd akhirat, tetapi lebih indah jika kita sendiri berusaha kearahnya..

    ReplyDelete
  2. betul tu..nnt kita bawa..pas present hasil ni..bolehla as baca

    ReplyDelete